Pengajaran kolaboratif: jambatan ilmu antara universiti dan industri

Pengajaran kolaboratif di universiti antara lokal industri dan lokal universiti di Malaysia merupakan satu usaha penting dalam memastikan graduan yang dihasilkan relevan dengan keperluan pasaran kerja. Dalam arena pendidikan tinggi yang kian berkembang, pendekatan ini berfungsi sebagai pemangkin dal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Husin, Nurul Izza, Mohammed Napiah, Noorezal Atfyinna, Yunus, Mohd Bukhari
Format: Monograph
Language:en
Published: Unit Penerbitan Jabatan Sains Gunaan 2025
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/129602/1/129602.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/129602/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengajaran kolaboratif di universiti antara lokal industri dan lokal universiti di Malaysia merupakan satu usaha penting dalam memastikan graduan yang dihasilkan relevan dengan keperluan pasaran kerja. Dalam arena pendidikan tinggi yang kian berkembang, pendekatan ini berfungsi sebagai pemangkin dalam melahirkan graduan yang berkualiti serta bersedia menempuh cabaran dunia industri. Di Jabatan Sains Gunaan, usaha ini direalisasikan melalui kerjasama dengan industri tempatan dan universiti lain bagi memastikan pengalaman pembelajaran lebih interaktif dan relevan. Kolaborasi bersama pihak industri dari PUSPEN, Agensi Nuklear Malaysia, dan Knauf Sdn Bhd,untuk kod kursus seperti ENV124, PHY145, dan PHY130 memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh pembelajaran secara langsung daripada pakar industri yang berkongsi kepakaran serta pengalaman mereka dalam bidang masing-masing. Sementara itu, kursus CHM012 mengukuhkan jalinan akademik dengan UNIMAP, memberikan pelajar peluang untuk mendalami perkembangan terkini dalam bidang sains dan teknologi dari sudut pandangan yang lebih holistik. Dengan gabungan teori, aplikasi industri, dan perkongsian kepakaran, pelajar bukan sahaja mendapat ilmu tetapi juga membina kemahiran insaniah seperti pemikiran kritis, penyelesaian masalah, dan komunikasi profesional. Inisiatif ini bukan sekadar meningkatkan daya saing graduan, malah menjadi batu loncatan untuk membentuk pemimpin masa depan yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara dan industri.