Pelan Tindakan Penjimatan Tenaga (ESM) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor, Kampus Segamat

Dalam usaha memastikan penggunaan tenaga elektrik yang optimum dan berhemah, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor, Kampus Segamat sentiasa komited melaksanakan langkah-langkah penjimatan tenaga selaras dengan aspirasi universiti ke arah kampus lestari dan berdaya saing. Pelaksanaan inisia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ishak, Siti Hasmah, Mohd Alias, Mohd Syahril Anuar, Ali, Nurul Badriyah
Format: Book
Language:en
Published: Bahagian Pengurusan Fasiliti, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat 2026
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/129473/1/LANGKAH%20PENJIMATAN%20.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/129473/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam usaha memastikan penggunaan tenaga elektrik yang optimum dan berhemah, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor, Kampus Segamat sentiasa komited melaksanakan langkah-langkah penjimatan tenaga selaras dengan aspirasi universiti ke arah kampus lestari dan berdaya saing. Pelaksanaan inisiatif ini bukan sahaja bertujuan mengurangkan kos operasi, tetapi juga menyokong agenda kelestarian nasional dalam memperkukuh kecekapan tenaga di sektor pendidikan. Program penjimatan tenaga melalui Energy Saving Measures (ESM) ini dilaksanakan secara menyeluruh dengan melibatkan pendekatan teknikal, pengurusan dan kesedaran warga kampus. Melalui pelan tindakan yang terancang, UiTM Cawangan Johor berhasrat untuk membentuk budaya kerja yang prihatin terhadap penggunaan tenaga serta memupuk tanggungjawab bersama dalam menjaga sumber tenaga untuk generasi akan datang. Komitmen berterusan daripada setiap individu amat penting bagi memastikan usaha ini terus memberi impak positif kepada universiti dan alam sekitar. Justeru, buku ini disusun sebagai panduan pelaksanaan ESM di UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat, bertujuan untuk, meningkatkan kesedaran warga kampus tentang kepentingan penjimatan tenaga, mencadangkan langkah-langkah praktikal untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan menyediakan pelan tindakan yang sistematik bagi mencapai matlamat kelestarian jangka panjang. Dengan komitmen bersama, kampus ini berpotensi menjadi model institusi pendidikan hijau yang seimbang antara kecemerlangan akademik dan amalan lestari.