Perlaksanaan dan impak program sosio-ekonomi: kajian kes dalam kalangan pelajar di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Kesejahteraan sosio ekonomi pelajar menjadi asas kepada peningkatan kualiti akademik dan kelangsungan hidup terutama melibatkan keperluan material seperti kewangan dan fasiliti. Pelbagai inisiatif dan program dilaksanakan secara berperingkat dan berterusan untuk memastikan kelangsungan pembangunan m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nooh, Mohammad Noorizzuddin, Ismail, Anita, Mohd Soffian Lee, Umi Hamidaton
Format: Book Section
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Kedah 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/128833/1/128833.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/128833/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kesejahteraan sosio ekonomi pelajar menjadi asas kepada peningkatan kualiti akademik dan kelangsungan hidup terutama melibatkan keperluan material seperti kewangan dan fasiliti. Pelbagai inisiatif dan program dilaksanakan secara berperingkat dan berterusan untuk memastikan kelangsungan pembangunan modal insan khususnya melibatkan pelajar terutama yang kurang berkemampuan diberi tumpuan dan perhatian. Justeru, kajian melibatkan pelaksanaan dan sejauh mana program yang dilaksanakan wajar diketengahkan bagi memastikan kesejahteraan pelajar yang terlibat. Kaedah kaji selidik telah digunakan untuk memgumpul data daripada 149 pelajar di Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), USIM dan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) telah digunakan dalam menganalisis data. Dua objektif utama kajian ini adalah membincangkan program sosio-ekonomi yang dilaksanakan dan menilai impak perlaksanaan program yang melibatkan pelajar B40 yang kurang berkemampuan. Keputusan kajian menunjukkan terdapat dua program utama yang berjaya dilaksanakan adalah Gerobok Rezeki and Bilik Komputer Infaq Al-Kauthar. Selain itu, impak perlaksanaan program ini mampu meningkatkan prestasi akademik, kesejahteraan pelajar dan penyelidikan. Usaha yang telah dilaksanakan sejajar dengan dasar kerajaan untuk membangunkan golongan B40 dan kurang berkemampuan tertumpu kepada pelbagai aspek seperti fizikal, ekoomi dan modal insan. Bantuan melalui pelbagai program di peringkat fakulti mampu memberi kesan signifikan terhadap kualiti hidup dari aspek pendidikan pelajar.