Program Explorasi Ilmu sempena Hari Kanak-Kanak
Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) dan Pasukan Pelindung Kanak-Kanak (PPKK) Daerah Seberang Perai Utara, dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Sekolah Kebangsaan Kepala Batas, SIG SOLID (UiTM Cawangan Pulau Pinang) serta penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) Negeri P...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Monograph |
| Language: | en |
| Published: |
Unit Penerbitan Jabatan Sains Gunaan
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/128039/1/128039.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/128039/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) dan Pasukan Pelindung Kanak-Kanak (PPKK) Daerah Seberang Perai Utara, dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Sekolah Kebangsaan Kepala Batas, SIG SOLID (UiTM Cawangan Pulau Pinang) serta penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) Negeri Pulau Pinang, telah menganjurkan satu program khas yang berfokus kepada kebajikan dan perlindungan kanak-kanak. Program ini telah diadakan pada 14 November 2024 (Khamis) dari pukul 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari bertempat di Sekolah Kebangsaan Kepala Batas, Kepala Batas, Pulau Pinang. Program ini bertujuan memperkukuh usaha kebajikan dan perlindungan kanak-kanak di peringkat komuniti dengan melibatkan pelbagai pihak seperti pendidik, ibu bapa, dan sektor swasta. Ia memberikan peluang kepada semua pihak untuk bekerjasama dalam membangunkan persekitaran yang lebih selamat dan menyokong perkembangan kanak-kanak, khususnya di kawasan Seberang Perai Utara. Selain itu, penglibatan UiTM Cawangan Pulau Pinang, termasuk Jabatan Sains Gunaan yang diwakili oleh Ts. Dr. Haslinda Abdul Hamid, serta Jabatan Pengurusan Perniagaan bersama PIBKS, telah memperkukuh jaringan komuniti dalam menjayakan program ini. Wakil dari Jabatan Pengurusan Perniagaan (JPP), iaitu Dr. Hidayah Harun, Puan Nor Fadzilah Zainal, Siti Nur Fathini Muhsain, Puan Noorsaliza Amin Nudin, dan Tn. Hj. Azli Bin Umar, turut bersama-sama dalam menjayakan inisiatif ini. Kerjasama erat ini diharap telah berjaya meningkatkan kesedaran tentang isu-isu kebajikan kanak-kanak serta mempereratkan hubungan antara komuniti, institusi pendidikan, dan pihak swasta. Program ini diharap menjadi langkah penting ke arah memperkasakan kesejahteraan kanak-kanak di masa hadapan. |
|---|
