Kemelut pelaburan Quantum Metal
Artikel ini membincangkan isu kontroversi pelaburan emas yang melibatkan syarikat Quantum Metal Sendirian Berhad (QMSB) di Malaysia. Kajian kes ini meneliti taktik pemasaran yang digunakan oleh QMSB, termasuk penggunaan teknologi quantum dan janji pulangan luar biasa sehingga sepuluh kali ganda moda...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED)
2024
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127802/1/127802.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127802/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Artikel ini membincangkan isu kontroversi pelaburan emas yang melibatkan syarikat Quantum Metal Sendirian Berhad (QMSB) di Malaysia. Kajian kes ini meneliti taktik pemasaran yang digunakan oleh QMSB, termasuk penggunaan teknologi quantum dan janji pulangan luar biasa sehingga sepuluh kali ganda modal asal, yang akhirnya membawa kepada kerugian besar buat para pelabur. Analisis mendapati wujudnya pelbagai petunjuk risiko (red flags) seperti pelanggaran tadbir urus korporat, ketiadaan juruaudit bertauliah, kegagalan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), serta dakwaan palsu mengenai pengiktirafan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Krisis kecairan dan kegagalan membayar balik pelaburan telah menjejaskan reputasi syarikat serta mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat. Secara keseluruhannya, artikel ini menekankan kepentingan proses penyelidikan (due diligence) yang mendalam oleh pelabur dan peranan pihak berkuasa dalam memperkasakan pengawasan kewangan bagi membendung aktiviti pelaburan tidak sah dan skim cepat kaya. |
|---|
