Memori indah yang terpahat buat TNC dan isteri

Istiadat Konvokesyen Ke-102 Universiti Teknologi MARA (UiTM) hari ini menjadi satu kenangan manis yang tidak dapat dilupakan buat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri Komuniti & Alumni) UiTM, Prof. TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah berkongsi rasa gembira dan bangga melihat isterinya, Dewi Muza...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Badrul Hisyam, Amni Harith
Format: Monograph
Language:en
Published: UiTM, Pejabat Komunikasi Strategik 2025
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127692/1/127692.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127692/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Istiadat Konvokesyen Ke-102 Universiti Teknologi MARA (UiTM) hari ini menjadi satu kenangan manis yang tidak dapat dilupakan buat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri Komuniti & Alumni) UiTM, Prof. TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah berkongsi rasa gembira dan bangga melihat isterinya, Dewi Muzalifah Zainal, menerima Sarjana Sains (Pengurusan Perniagaan). Dewi Muzalifah menyatakan beliau sangat gembira dengan kejayaan berjaya menamatkan pengajiannya. Namun, beliau juga mengakui cabaran yang dihadapi, kerana dalam masa sama merupakan seorang isteri dan ibu kepada anak-anak yang kecil, beliau tahu bagaimana cara yang betul untuk menyeimbangkannya. “Pengurusan masa, saya memang jaga dengan penuh teliti dan mengutamakan perkara-perkara yang penting dahulu, misalnya kalau anak tengah tidur atau bermain, masa itulah saya gunakan untuk belajar dan buat tugasan,” jelasnya. Prof Dr. Jamalunlaili Abdullah turut menegaskan beliau memberikan sokongan yang padu kepada perjalanan akademik isterinya. Beliau menegaskan bahawa mereka ingin menjadi contoh ikutan (role model) kepada anak-anak mereka, di samping menggalakkan isterinya meneruskan pengajian akademiknya.