Pelajar golongan asnaf dan keusahawanan di UiTM Johor
Kajian ini mendokumentasikan pelaksanaan dan impak Program Keusahawanan Pelajar Asnaf di UiTM Cawangan Johor, yang direka bentuk sebagai respons terhadap isu kesukaran sara hidup mahasiswa golongan berpendapatan rendah (B40) dan asnaf fakir/miskin. Program ini, hasil kerjasama Unit Zakat, Sedekah da...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED)
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127593/1/127593.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127593/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini mendokumentasikan pelaksanaan dan impak Program Keusahawanan Pelajar Asnaf di UiTM Cawangan Johor, yang direka bentuk sebagai respons terhadap isu kesukaran sara hidup mahasiswa golongan berpendapatan rendah (B40) dan asnaf fakir/miskin. Program ini, hasil kerjasama Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) dan Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED), melibatkan 12 pelajar asnaf dalam perniagaan makanan dan minuman berskala kecil berharga RM3.00 di kolej kediaman kampus (Oktober 2024 – Januari 2025). Dengan menggunakan model perniagaan margin rendah (keuntungan RM0.50 per unit) dan sewaan troli perniagaan yang minimum (RM10 sehari), program ini berjaya mencapai dwi-fungsi: (1) Menjana Sumber Pendapatan Sampingan untuk meringankan beban kewangan pelajar asnaf; dan (2) Menyediakan Makanan Berpatutan untuk pelajar B40 lain. Impak positif yang direkodkan termasuk peningkatan kemahiran praktikal dalam pengurusan perniagaan, pengukuhan komunikasi, pembentukan keyakinan diri, dan keupayaan menyelesaikan masalah. Program ini membuktikan bahawa intervensi strategik berasaskan keusahawanan adalah kaedah efektif untuk pemberdayaan ekonomi pelajar asnaf, dan disyorkan untuk diperluaskan bagi membina jati diri dan keupayaan keusahawanan yang cemerlang. |
|---|
