E-dompet Malaysia menuju ke ekonomi digital

Pembayaran digital merupakan salah satu inovasi dalam dunia kewangan di mana transaksi dilakukan di atas talian tanpa bersentuhan dengan wang secara fizikal. Seiring dengan evolusi teknologi, pembayaran digital atau tanpa tunai semakin mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia, terutamanya untuk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Chen, Jen Eem, Mohd Zulkifli, Shaliza Azreen, Hasan, Zunairah
Format: Monograph
Language:en
Published: Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Terengganu 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127521/1/127521.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127521/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembayaran digital merupakan salah satu inovasi dalam dunia kewangan di mana transaksi dilakukan di atas talian tanpa bersentuhan dengan wang secara fizikal. Seiring dengan evolusi teknologi, pembayaran digital atau tanpa tunai semakin mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia, terutamanya untuk mengurangkan sentuhan fizikal dalam menangani penularan wabak COVID-19. Dalam konteks pembayaran tanpa tunai, dompet elektronik (e-Dompet) merupakan salah satu aplikasi pembayaran di telefon bimbit di mana ia memudahkan urusan pembayaran dan pengurusan kewangan. Mengikut kajian Oppotus, 60 peratus dari pengguna Malaysia telah menggunakan e-Dompet pada suku ke-3 tahun 2020 berbanding dengan 27 peratus pada tahun sebelumnya. Laporanjuga mendapati generasi Z (berumur 18-24 tahun) merupakan golongan pengguna e-Dompet yang paling tinggi, iaitu sebanyak 71 peratus. Di samping itu, industri Food and Beverage (F&B), Convenience Store, Groceries dan perkhidmatan penghantaran makanan mencatatkan pertumbuhan penggunaan e-Dompet yang merangsangkan atas dorongan promosi dan kempen PENJANA (Pelan Jana Semula Ekonomi Negara).