Dari suram ke sinar
Artikel ini meneliti peranan dan impak Lorong Siar-Seni SP di Sungai Petani, Kedah, sebagai sebuah inisiatif revitalisasi bandar dan hab keusahawanan mikro yang berjaya. Projek ini, yang dicetuskan oleh Encik Ainol Zulkarnain, telah berjaya mengubah lorong belakang kedai yang terbiar (dikenali sebag...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED)
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127512/1/127512.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127512/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Artikel ini meneliti peranan dan impak Lorong Siar-Seni SP di Sungai Petani, Kedah, sebagai sebuah inisiatif revitalisasi bandar dan hab keusahawanan mikro yang berjaya. Projek ini, yang dicetuskan oleh Encik Ainol Zulkarnain, telah berjaya mengubah lorong belakang kedai yang terbiar (dikenali sebagai "lorong gelap") menjadi ruang awam yang bersemangat dan berfungsi sebagai pasar malam ala 'hipster'. Kajian kes kualitatif ini mengenal pasti tiga elemen kritikal dalam model kejayaan ini: (1) Revitalisasi Berteraskan Seni dan Budaya melalui lukisan mural bertema abstrak dan pameran visual yang menarik (seperti kain batik dan pelikat); (2) Pemberdayaan Ekonomi Belia dengan menyediakan platform kepada usahawan muda untuk menjalankan perniagaan dengan kos yang rendah; dan (3) Strategi Pemasaran Berpengalaman (Experiential Marketing) yang menggunakan suasana keriuhan, penataan cahaya, susunan gerai yang estetik, dan tema mingguan untuk menarik pengunjung pelbagai latar belakang dan menjana jualan yang ketara. Lorong Siar-Seni SP berfungsi sebagai model inspirasi bagi pembangunan semula ruang bandar yang terpinggir dan menunjukkan potensi kolaborasi antara seni, budaya, dan keusahawanan sebagai pemangkin pembangunan ekonomi setempat dan daya tarikan pelancongan. |
|---|
