Cendol Jasa sentuhan rasa

Artikel ini meneliti peranan Persatuan Alumni Pelajar (JASA) UiTM Cawangan Johor dalam memupuk semangat keusahawanan dan kemahiran berniaga dalam kalangan mahasiswa melalui pelaksanaan program jualan 'Cendol JASA'. Program ini, yang bermula pada tahun 2022, bertujuan menyokong matlamat uni...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mazan, Diana’, Roslan, Shashazrina, Samsudin, Aida Rohani
Format: Article
Language:en
Published: Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED) 2025
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127510/1/127510.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127510/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini meneliti peranan Persatuan Alumni Pelajar (JASA) UiTM Cawangan Johor dalam memupuk semangat keusahawanan dan kemahiran berniaga dalam kalangan mahasiswa melalui pelaksanaan program jualan 'Cendol JASA'. Program ini, yang bermula pada tahun 2022, bertujuan menyokong matlamat universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menghasilkan graduan yang kompetitif dan berpotensi menjadi usahawan. Melalui kajian kes ini, didapati bahawa inisiatif jualan 'Cendol JASA' yang dijalankan secara berkala telah berevolusi daripada model komisyen awal yang didorong oleh kekangan kewangan dan peralatan, kepada operasi yang lebih berdikari. Kejayaan program ini dicirikan oleh keupayaan JASA untuk mengumpul dana bagi pembelian peralatan jualan menggunakan keuntungan tahun pertama, mewujudkan aktiviti tahunan yang mampan, dan mengukuhkan kerjasama strategik dengan usahawan alumni. Aktiviti ini bukan sahaja memupuk minat dan budaya keusahawanan yang kompetitif dan inovatif, tetapi juga membina keyakinan dan kemahiran praktikal yang kritikal bagi mahasiswa untuk mencipta peluang pekerjaan di masa hadapan, selaras dengan sasaran KPT sebanyak 10% alumni menjadi usahawan. Program ini menjadi model yang berkesan untuk institusi pengajian tinggi dalam mengintegrasikan pembelajaran praktikal keusahawanan.