Statistik masalah kewangan di kalangan orang muda
Masalah kewangan (financial distress) ialah keadaan di mana individu atau syarikat tidak dapat menghasilkan pendapatan atau keuntungan seterusnya tidak dapat memenuhi kewajipan kewangannya atau tidak dapat membayarnya. la berkait rapat dengan status kebankrapan dan seterusnya pelbagai masalah akan t...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , , , |
|---|---|
| Format: | Monograph |
| Language: | en |
| Published: |
Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Terengganu
2022
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127488/1/127488.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127488/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Masalah kewangan (financial distress) ialah keadaan di mana individu atau syarikat tidak dapat menghasilkan pendapatan atau keuntungan seterusnya tidak dapat memenuhi kewajipan kewangannya atau tidak dapat membayarnya. la berkait rapat dengan status kebankrapan dan seterusnya pelbagai masalah akan timbul terutamanya kepada golongan muda yang berada dalam statistik yang membimbangkan. Malaysian Financial Literacy Survey 2021 (RinggitPlus, 2020) melaporkan kira-kira 45% pekerja muda masih belum memulakan sebarang perancangan persaraan, yang tidak berubah dari tahun lepas. Tabiat kewangan peribadi rakyat Malaysia masih kurang memuaskan. Kekurangan perancangan persaraan dalam kalangan rakyat Malaysia masih menjadi kebimbangan. Laporan tersebut turut menyatakan bahawa terdapat sedikit peningkatan jumlah rakyat Malaysia yang berjaya menabung setiap bulan, namun 76% mendakwa mereka yang mengawal aliran keluar masuk wang mereka sama ada terurus atau tidak terurus. Tinjauan itu juga telah mendedahkan kesan Covid-19 terhadap tingkah laku perbelanjaan dalam kalangan rakyat Malaysia, di mana trend yang paling ketara ialah peningkatan keutamaan untuk pembayaran tanpa tunai dan transaksi dalam talian sejak Covid-19 melanda Malaysia. Tinjauan itu juga mendapati bahawa wabak itu juga telah menyerlahkan kepentingan mempunyai tabung kecemasan. |
|---|
