Sejuk beku tumbang, retort gemilang
Artikel ini menganalisis kisah keusahawanan Puan Nurulnadia, pengasas NNM Industries di Muar, Johor, dan strateginya dalam menghadapi cabaran besar yang dibawa oleh pandemik COVID-19. Perniagaan awal beliau, yang berasaskan produk makanan sejuk beku, mengalami kerugian teruk, khususnya akibat ganggu...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED)
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127442/1/127442.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127442/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Artikel ini menganalisis kisah keusahawanan Puan Nurulnadia, pengasas NNM Industries di Muar, Johor, dan strateginya dalam menghadapi cabaran besar yang dibawa oleh pandemik COVID-19. Perniagaan awal beliau, yang berasaskan produk makanan sejuk beku, mengalami kerugian teruk, khususnya akibat gangguan rantaian bekalan, masalah logistik, dan keperluan kawalan suhu yang ketat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Isu-isu ini bukan sahaja menyebabkan kerosakan produk dan kerugian kewangan yang ketara, malah turut menjejaskan reputasi syarikat. Berbekalkan semangat keusahawanan dan latar belakang dalam Sains Makanan, Puan Nurulnadia mengambil keputusan drastik untuk beralih kepada teknologi ‘retort’—satu kaedah pemprosesan makanan suhu tinggi yang menghasilkan produk kedap udara dengan jangka hayat sehingga dua tahun tanpa memerlukan penyejukan. Peralihan ini memerlukan pelaburan besar, namun ia berjaya mengubah krisis menjadi peluang. Kini, NNM Industries telah stabil, berjaya menembusi pasaran seluruh Malaysia dengan rangkaian produk retort yang diterima baik kerana kemudahan, kualiti, dan ketahanannya. Kajian kes ini menonjolkan kepentingan ketahanan keusahawanan (entrepreneurial resilience) dan adaptasi perniagaan yang strategik dalam menghadapi krisis global, memberikan inspirasi kepada usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) lain dalam sektor makanan dan minuman (F&B). |
|---|
