MASMED UiTM Cawangan Pahang memperkasa komuniti Islam Vietnam melalui program keusahawanan sosial
Artikel ini melaporkan pelaksanaan inisiatif keusahawanan sosial rentas sempadan yang dikelolakan oleh Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED) UiTM Cawangan Pahang menerusi program "Kembara SK Vietnam 3.0" di Tay Ninh, Vietnam. Program ini bertujuan memperkasa taraf sosi...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED)
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127423/1/127423.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127423/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Artikel ini melaporkan pelaksanaan inisiatif keusahawanan sosial rentas sempadan yang dikelolakan oleh Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED) UiTM Cawangan Pahang menerusi program "Kembara SK Vietnam 3.0" di Tay Ninh, Vietnam. Program ini bertujuan memperkasa taraf sosio-ekonomi komuniti Islam setempat, khususnya warga Ma’ahad Darussalam Litadrib Al-Islami, melalui pemindahan pengetahuan dan latihan praktikal dalam sektor pertanian sebagai mekanisme penjanaan pendapatan mandiri. Melalui kolaborasi strategik antara pelbagai entiti dalaman UiTM termasuk Majlis Perwakilan Pelajar dan Fakulti Perladangan, seramai 14 fasilitator mahasiswa telah membimbing 180 pelajar Ma'ahad dalam aspek teknikal agroteknologi bermula daripada penyediaan tanah sehingga penjagaan tanaman. Hasil program ini menunjukkan impak dualistik yang signifikan; ia bukan sahaja membekalkan kemahiran kelangsungan hidup (survival skills) dan potensi ekonomi kepada komuniti penerima, malah berfungsi sebagai medan latihan praktikal bagi pembangunan kompetensi kepimpinan dan pengurusan projek sosial dalam kalangan mahasiswa UiTM. |
|---|
