Gerai marketeers tarikan hari industri
Artikel ini membincangkan keberkesanan penganjuran program integrasi Hari Industri, Pelancaran Jawatankuasa Johor Talent Development Council (JTDC), dan Hari Terbuka Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPDP) di UiTM Cawangan Johor sebagai satu inisiatif strategik dalam meningkatkan kebolehpasaran dan...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED)
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127415/1/127415.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127415/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Artikel ini membincangkan keberkesanan penganjuran program integrasi Hari Industri, Pelancaran Jawatankuasa Johor Talent Development Council (JTDC), dan Hari Terbuka Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPDP) di UiTM Cawangan Johor sebagai satu inisiatif strategik dalam meningkatkan kebolehpasaran dan kemahiran keusahawanan mahasiswa. Program yang menghimpunkan penyertaan pelbagai kod program akademik dan 29 rakan industri ini berfungsi sebagai platform holistik yang menggabungkan sesi temuduga terbuka, wacana kerjaya, serta simulasi perniagaan praktikal yang dikendalikan oleh kelab pelajar seperti Marketeers dan IMSA. Penulisan ini menyoroti kejayaan pelajar dalam menterjemahkan teori pemasaran dan pengurusan kepada aplikasi dunia sebenar melalui aktiviti jualan dan keusahawanan, yang merangkumi strategi penetapan harga, promosi, dan khidmat pelanggan. Secara keseluruhannya, program ini menyimpulkan bahawa pendedahan langsung kepada ekosistem industri dan perniagaan adalah kritikal dalam membentuk jati diri profesional, mengasah kemahiran insaniah, serta memupuk nilai kepimpinan dan integriti dalam kalangan graduan masa hadapan. |
|---|
