Faktor-faktor yang mempengaruhi kecelaruan gender di kalangan pelajar lelaki lembut di UiTM Johor
Kajian ini meneliti faktor-faktor yang menyebabkan sesetengah lelaki berperwatakan lembut dan lebih terserlah sifat keperempuanannya. Antara faktor yang diketengahkan termasuklah faktor diri sendiri, keluarga, rakan sebaya, sosialisasi, dan persekitaran. Bagi tujuan tersebut, beberapa teknik kajian...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Research Reports |
| Language: | en |
| Published: |
Institut Pengurusan Penyelidikan, Pembangunan & Pengkomersilan
2005
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127354/1/127354.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127354/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini meneliti faktor-faktor yang menyebabkan sesetengah lelaki berperwatakan lembut dan lebih terserlah sifat keperempuanannya. Antara faktor yang diketengahkan termasuklah faktor diri sendiri, keluarga, rakan sebaya, sosialisasi, dan persekitaran. Bagi tujuan tersebut, beberapa teknik kajian digunakan seperti temu bual bersemuka, perbualan tidak langsung, dokumentasi, dan pemerhatian. Penyelidik telah mengatur beberapa program bersama subjek bagi mendapatkan maklumat, termasuk aktiviti bermain boling, program inap desa (homestay) selama dua hari di sebuah pusat motivasi di Segamat, majlis minum teh, lawatan ke bilik penginapan kolej, pemerhatian dalam kumpulan bina insan, pertemuan dengan rakan sebilik yang berlainan perwatakan, serta pertemuan dengan keluarga subjek. Kajian ini mempunyai kepentingan tersendiri dalam konteks mencari punca dan penyelesaian bagi menangani masalah kecelaruan gender di UiTM khususnya daripada terus berleluasa. Diharapkan kajian berbentuk penglibatan bersama ini memberi manfaat dalam usaha mengenali keperibadian subjek di samping mendatangkan kebaikan kepada responden, agar mereka mempunyai hala tuju yang jelas apabila menamatkan pengajian kelak. |
|---|
