Gangguan bahasa ibunda dalam pembelajaran Bahasa Mandarin di kalangan pelajar Melayu UiTM Johor: satu analisis kesilapan sintaksis
Kajian ini meneliti jenis-jenis kesilapan sintaksis di kalangan pelajar-pelajar Melayu UiTM Johor dalam pembelajaran Bahasa Mandarin yang disebabkan Oleh gangguan bahasa ibunda. Subjek kajian ini ialah pelajar-pelajar Melayu semester ketiga UiTM Johor yang mengambil Bahasa Mandarin I sebagai bahasa...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Research Reports |
| Language: | en |
| Published: |
Institut Pengurusan Penyelidikan & Jaringan Industri
2005
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127336/3/127336.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127336/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini meneliti jenis-jenis kesilapan sintaksis di kalangan pelajar-pelajar Melayu UiTM Johor dalam pembelajaran Bahasa Mandarin yang disebabkan Oleh gangguan bahasa ibunda. Subjek kajian ini ialah pelajar-pelajar Melayu semester ketiga UiTM Johor yang mengambil Bahasa Mandarin I sebagai bahasa ketiga dalam kursus diploma pada semester November 2004- April 2005. Untuk menunjukkan perbezaan sintaksis antara bahasa sasaran dan bahasa ibunda, iaitu Bahasa Mandarin dan Bahasa Melayu, satu perbandingan struktur ayat akan dibuat. Ayat-ayat yang dikaji terbatas kepada ayat-ayat yang sedia ada dalam buku teks kursus Bahasa Mandarin I demi keberkesanan pembelajaran dan pengajaran. Dari hasil perbandingan struktur ayat Bahasa Mandarin dan Bahasa Melayu, jenisjenis kesilapan yang dilakukan Oleh para pelajar yang disebabkan Oleh gangguan bahasa ibunda akan dikenalpasti dan dikaji. Di samping itu, punca-punca kesilapan selain daripada gangguan bahaSa ibunda juga dapat dikenalpasti. Dengan memastikan jenis-jenis kesilapan serta faktor-faktor yang mempengaruhinya, kajian ini juga akan mengemukakan beberapa langkah pemulihan untuk mengatasi masalah-masalah penguasaan sintaksis Bahasa Mandarin di kalangan pelajar Melayu di UiTM Johor khasnya dan di luar UiTM Johor amnya. |
|---|
