Komputer dalam pendidikan: skop penggunaan komputer di kalangan guru sekolah di negeri Johor
Kajian ini bertujuan untuk menentukan skop penggunaan, pengetahuan serta tahap kemahiran komputer umumnya dan perisian komputer khasnya seperti MS-Office dalam kalangan guru-guru sekolah di sekitar negeri Johor. Pengetahuan komputer selain bidang pengkhususan guru didapati menjadi nilai tambah dalam...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Research Reports |
| Language: | en |
| Published: |
Unit Penyelidikan & Rundingan
2004
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127305/1/127305.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127305/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk menentukan skop penggunaan, pengetahuan serta tahap kemahiran komputer umumnya dan perisian komputer khasnya seperti MS-Office dalam kalangan guru-guru sekolah di sekitar negeri Johor. Pengetahuan komputer selain bidang pengkhususan guru didapati menjadi nilai tambah dalam meningkatkan keupayaan pengajaran, carian maklumat, perkongsian maklumat dan pengurusan maklumat. Latar belakang pendidikan, jantina dan pemilikan komputer adalah antara faktor-faktor yang memberi kesan terhadap penggunaan komputer dalam kalangan guru-guru sekolah sekitar negeri Johor. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru dari Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Sekolah Menengah Kebangsaan negeri Johor. Gred sekolah dibahagikan kepada tiga (A, B dan C) berdasarkan pencapaian dalam UPSR dan SPM 2003. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya guru-guru menyedari akan kepentingan penggunaan komputer yang mampu membantu mempertingkatkan prestasi kerjaya mereka. Walau bagaimanapun, peratusan guru-guru yang menggunakan komputer di sekolah tidak begitu memberangsangkan dan didapati menyumbang kepada kurangnya minat terhadap komputer. Faktor tidak memiliki komputer juga menyumbang ke arah tersebut. Skop penggunaan komputer didapati terhad kepada penggunaan fungsi-fungsi asas dalam perisian MS-Office seperti menaip surat, menyediakan soalan dan mencetak dokumen. Bilangan yang menggunakan fungsi-fungsi seperti mail merge, aplikasi grafik dan manipulasi formula adalah amat sedikit. Pengkhususan guru menunjukkan guru Sains lebih banyak menggunakan komputer dalam kerjaya berbanding guru Matematik, Bahasa Inggeris dan Geografi, manakala tiada perbezaan ketara dari segi peratus penggunaan komputer di antara guru sekolah harian biasa dengan sekolah berasrama. |
|---|
