Bengkel Intensif Fluid Mechanics

Pada semester Oktober’24-Februari’25 yang lalu, tiada lagi Bengkel Cantas Gagal dijalankan seperti semester-semester sebelumnya. Bengkel Cantas Gagal ini digantikan dengan Bengkel Intensif Fluid Mechanics, di mana ia agak berbeza sedikit kerana tidak melibatkan keseluruhan pelajar. Bengkel ini diwaj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hambali, Satira, Abu Bakar, Amalina Amirah
Format: Monograph
Language:en
Published: Unit Penerbitan PKAPP 2025
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127121/1/127121.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127121/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada semester Oktober’24-Februari’25 yang lalu, tiada lagi Bengkel Cantas Gagal dijalankan seperti semester-semester sebelumnya. Bengkel Cantas Gagal ini digantikan dengan Bengkel Intensif Fluid Mechanics, di mana ia agak berbeza sedikit kerana tidak melibatkan keseluruhan pelajar. Bengkel ini diwajibkan ke atas pelajar yang mengulang dan beberapa pelajar terpilih yang dianggap lemah dalam fizik/matematik berdasarkan keputusan semester sebelumnya. Sebelum membuat pilihan ke atas pelajar, pensyarah terlebih dahulu membuat semakan keputusan peperiksaan ke atas setiap pelajar bagi mengenalpasti pelajar-pelajar yang benar-benar memerlukan bimbingan. Sepanjang semester, jika pensyarah mendapati ada pelajar lain yang lemah dan memerlukan perhatian tambahan, pensyarah boleh menambah pelajar tersebut ke dalam Bengkel Intensif yang sedia ada. Bengkel Intensif Fluid Mechanics ini telah dijalankan dalam 3 siri. Siri pertama diadakan pada minggu ke-6 sebagai kelas ulangkaji. Semasa bengkel, pensyarah membincangkan topik-topik yang telah diajar dari minggu pertama hingga minggu ke-5 bagi meningkatkan pemahaman pelajar terhadap topik-topik tersebut. Siri kedua diadakan pada penghujung minggu ke-8 sebagai persediaan untuk Ujian pada minggu ke-9. Satu set soalan yang merangkumi topik dari minggu pertama hingga minggu ke-8 diberikan kepada pelajar sebelum bengkel untuk mereka cuba. Semasa bengkel, pelajar diajar strategi yang berkesan untuk menjawab soalan ujian/peperiksaan. Siri ketiga diadakan pada penghujung minggu ke-14. Sama seperti siri kedua, satu set soalan diberikan kepada pelajar sebelum bengkel untuk mereka cuba, tetapi untuk bengkel kali ini, soalan tersebut merangkumi semua topik. Bengkel ini memainkan peranan yang penting dalam membantu pelajar untuk lulus subjek ini, dengan syarat pelajar menghadiri ketiga-tiga bengkel, mencuba terlebih dahulu soalan yang diberikan serta mengambil bahagian dengan mengajukan soalan semasa bengkel. Secara keseluruhannya, bengkel ini berjaya mencapai objektifnya, iaitu untuk mengurangkan peratusan kegagalan. Hasil daripada bengkel ini, hanya 11 daripada 84 orang pelajar yg gagal (13%), manakala yang mendapat A/A+ adalah seramai 20 daripada 84 orang pelajar (24%).