Budaya organisasi yang mempengaruhi perkongsian pengetahuan: Kumpulan Pendidikan YPJ Johor Bahru
Dalam era globalisasi kini, modal insan yang cemerlang merupakan mereka yang akan berkongsi maklumat dan pengetahuan dengan orang lain. Dalam membangunkan modal insan, setiap organisasi akan menguruskan pengetahuan dikalangan pekerjanya dengan lebih cekap dan berkesan. Dalam menguruskan pengetahuan,...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Research Reports |
| Language: | en |
| Published: |
Institut Pengurusan Penyelidikan, Pembangunan & Pengkomersilan
2012
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127101/4/127101.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/127101/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Dalam era globalisasi kini, modal insan yang cemerlang merupakan mereka yang akan berkongsi maklumat dan pengetahuan dengan orang lain. Dalam membangunkan modal insan, setiap organisasi akan menguruskan pengetahuan dikalangan pekerjanya dengan lebih cekap dan berkesan. Dalam menguruskan pengetahuan, perkongsian pengetahuan antara pekerja semakin dilihat sebagai salah satu aktiviti utama pengekalan pengetahuan di peringkat syarikat dan menjaga keupayaan persaingan syarikat. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor budaya dalam organisasi yang mempengaruhi perkongsian pengetahuan di kalangan tenaga kerja Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), Johor Bahru. Sebanyak 100 soal selidik telah diedarkan kepada pekerja Dalam kajian ini hanya dua komponen budaya organisasi yang diuji iaitu individu dan struktur organisasi di mana terdapat 4 elemen di dalamnya iaitu kepercayaan, komunikasi antara pekerja, orentasi pasukan dan struktur tidak formal. Tahap perkongsian dianalisis dengan menggunakan kaedah skor min. Kajian mendapati bahawa tahap perkongsian pengetahuan di kalangan tenaga kerja Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), adalah di peringkat sederhana. Walau bagaimanapun hasil analisis menggunakan analisis regresi berganda menunjukkan hanya dua faktor yang mempengaruhi perkongsian pengetahuan iaitu komunikasi dan kepercayaan Cadangan juga diberikan pada akhir kajian ini. |
|---|
