Semarak keluarga, harmoni komuniti: Hari Keluarga Mengkuang Heights bersama FKA UiTM

Pada 25 Februari 2024, satu Program Hari Keluarga yang ceria dan penuh kemeriahan telah dianjurkan di sekitar padang permainan dan dewan Taman Mengkuang Heights (TMH) dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), UiTM Pulau Pinang. Program ini berjaya melibatkan penyertaan dari kira-kira 40 buah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Karim, Nurulzatushima, Musir, Adhilla Ainun, Azizan, Fairus Azwan, Habulat, Afifudin, Abd Rahman, Zanariah, Mansor, Syahirah, Ahmad Shukri, Fuziatul Norsyiha, Abdullah, Nor Hafizah Hanis
Format: Monograph
Language:en
Published: Unit Penerbitan PKAPP 2025
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126949/1/126949.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126949/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada 25 Februari 2024, satu Program Hari Keluarga yang ceria dan penuh kemeriahan telah dianjurkan di sekitar padang permainan dan dewan Taman Mengkuang Heights (TMH) dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), UiTM Pulau Pinang. Program ini berjaya melibatkan penyertaan dari kira-kira 40 buah rumah, dengan lebih kurang 80 orang penduduk yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur, dari kanak-kanak seawal usia 4 tahun hingga dewasa berusia 50 tahun juga 8 orang pensyarah FKA. Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung. Antara aktiviti sukan yang menjadi tumpuan penduduk termasuklah acara Belon di Kaki, Selipar Muzik, Timbang Bola, Sepak Gol, Kotak Kaki Berjalan, Landing Plane, Belon Pecah di Kerusi, serta permainan menarik untuk pasangan seperti "Makin Jauh Makin Sayang", pertandingan berkumpulan menggunakan Kain Batik dan Kain Pelikat, dan acara khas untuk kanak-kanak di bawah umur 5 tahun seperti kutip gula-gula. Selain aktiviti sukan dan permainan, pihak pensyarah FKA dari UiTM Pulau Pinang telah menjemput Klinik Kesihatan Berapit untuk turut serta dalam Program Hari Keluarga ini iaitu menawarkan aktiviti kesihatan yang telah mendapat kerjasama sepenuhnya dari penduduk TMH. Petugas kesihatan telah mengadakan sesi pemeriksaan kesihatan seperti pengukuran tahap gula dalam darah, pemeriksaan tekanan darah serta pengiraan Indeks Jisim Tubuh (BMI) bagi memastikan tahap kesihatan penduduk adalah memuaskan dan mencegah obesiti. Turut diadakan sesi kaunseling kesihatan yang memberi peluang kepada penduduk untuk mendapatkan nasihat serta panduan mengenai gaya hidup sihat