Kolaborasi akademia & industri: perspektif profesional dalam estimasi kos pembinaan

Pada 10 Januari 2025, satu sesi Collaborative Teaching telah berjaya dianjurkan bagi subjek ECM366 – Civil Engineering Quantities and Estimation dengan tajuk "Cost Estimation of Major Elements of the Construction Industry". Program ini telah dijalankan secara dalam talian melalui platform...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Karim, Nurulzatushima, Tammy, Nor Janna, Musir, Adhilla Ainun, Jamaluddin, Amril Hadri
Format: Monograph
Language:en
Published: Unit Penerbitan PKAPP 2025
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126948/1/126948.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126948/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada 10 Januari 2025, satu sesi Collaborative Teaching telah berjaya dianjurkan bagi subjek ECM366 – Civil Engineering Quantities and Estimation dengan tajuk "Cost Estimation of Major Elements of the Construction Industry". Program ini telah dijalankan secara dalam talian melalui platform Microsoft Teams dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang, dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan kehadiran seramai 140 orang pelajar daripada UiTM Cawangan Pulau Pinang dan UiTM Cawangan Jengka, Pahang. Penceramah jemputan bagi sesi ini ialah Ts. Nurul Fauziah binti Aziz, seorang Senior Engineer di MMA Tech Engineering Sdn. Bhd. yang mempunyai pengalaman luas dalam industri pembinaan, khususnya dalam bidang anggaran kos dan kuantiti kerja kejuruteraan awam. Program ini bertujuan untuk memperkukuh kefahaman pelajar terhadap proses dan teknik sebenar dalam penyediaan anggaran kos bagi elemen utama pembinaan. Selain itu, ia juga memberikan peluang kepada pelajar untuk memahami cabaran yang dihadapi oleh jurutera di lapangan serta mendedahkan mereka kepada keperluan industri yang sebenar. Dalam sesi perkongsian tersebut, Ts. Nurul Fauziah telah membincangkan pelbagai aspek penting berkaitan anggaran kos, termasuklah penyediaan dokumen anggaran, kaedah pengiraan kos untuk elemen-elemen seperti kerja tanah, struktur konkrit, kemasan dalaman, serta sistem mekanikal dan elektrikal. Beliau juga berkongsi contoh sebenar daripada pengalaman kerjaya beliau, serta menekankan kepentingan ketepatan data dan komunikasi berkesan antara pihak-pihak yang terlibat dalam projek pembinaan.