Ad-dhomair: pembangunan aplikasi mudah alih melalui pembelajaran kata ganti nama diri dalam bahasa arab
Kursus bahasa Arab adalah salah satu kursus bahasa ketiga yang ditawarkan di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Subjek ini merupakan elektif bagi para pelajar di peringkat diploma mahupun di peringkat ijazah sarjana muda. Menerusi pemantauan yang dilakukan sebelum ini, bagi pelajar yang tidak memilik...
Saved in:
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Universiti Teknologi MARA, Kedah
2023
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126780/1/126780.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126780/ https://ispike.uitm.edu.my |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kursus bahasa Arab adalah salah satu kursus bahasa ketiga yang ditawarkan di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Subjek ini merupakan elektif bagi para pelajar di peringkat diploma mahupun di peringkat ijazah sarjana muda. Menerusi pemantauan yang dilakukan sebelum ini, bagi pelajar yang tidak memiliki asas dalam bahasa Arab di peringkat sebelumnya, mereka akan menghadapi masalah dalam penguasaan tatabahasa. Pelajar perlu menguasai salah satu tajuk kata ganti nama diri Bahasa Arab kerana ia termasuk dalam silibus bagi subjek TAC. Oleh itu, objektif kajian ini ialah membangunkan satu aplikasi mudah alih bagi pembelajaran dhomir untuk kemudahan para pelajar di peringkat permulaan dan seterusnya. Pembangunan aplikasi ini menerusi telefon pintar merupakan salah satu kaedah yang kreatif dan inovatif yang diperkenalkan bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan menyeronokkan berbanding teknik tradisional. Pembangunan aplikasi mudah alih Ad-Dhomair melibatkan empat proses utama; iaitu cetusan idea projek, cadangan isi kandungan projek, carian rujukan projek dan penyesuaian templat projek. Templat aplikasi yang digunakan adalah mobincube.com. Templat di laman web ini hanya menerima bahan-bahan multimedia berformat JPEG, PNG, MP4 dan URL. Dengan adanya aplikasi mudah alih ini dapat memberi impak yang berkesan agar pelajar menguasai kata ganti nama diri bahasa Arab dengan lebih mudah dan efektif serta dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif dan menarik. |
|---|
