Pertandingan Engineering Art

Kelab Penang Civil Engineering Student's Society (P’CES) telah berjaya menganjurkan Pertandingan Engineering Art 2024 pada 1 Disember 2024. Pertandingan ini merupakan sebuah acara unik yang menggabungkan elemen kreativiti dan aplikasi teknikal kejuruteraan. Program ini membuka ruang kepada para...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Mohd Khairul Azhar, Abd Rahman, Zanariah, Azizan, Fairus Azwan
Format: Monograph
Language:en
Published: Unit Penerbitan PKAPP 2025
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126763/1/126763.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126763/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kelab Penang Civil Engineering Student's Society (P’CES) telah berjaya menganjurkan Pertandingan Engineering Art 2024 pada 1 Disember 2024. Pertandingan ini merupakan sebuah acara unik yang menggabungkan elemen kreativiti dan aplikasi teknikal kejuruteraan. Program ini membuka ruang kepada para pelajar untuk menzahirkan kreativiti mereka melalui hasil seni bina kejuruteraan seperti model jambatan dan menara. Dalam pertandingan ini, peserta dikehendaki mereka cipta struktur jambatan dan menara menggunakan batang sate, selotep dan bahan asas lain mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Cabaran ini benar-benar menguji kebolehan peserta dalam merancang, mereka bentuk, dan membina struktur yang kukuh dan stabil dengan bahan yang terhad. Matlamat utama program ini adalah untuk: • Memupuk daya inovasi dan kreativiti dalam kalangan pelajar kejuruteraan, • Meningkatkan kefahaman terhadap konsep asas struktur dan bahan, • Menerapkan pembelajaran melalui pendekatan amali yang menyeronokkan. • Memupuk semangat berpasukan dalam menyelesaikan sesuatu masalah