Karyawan bintang termasyhur: Ellie Suriaty Omar

Temubual ini dilakukan bersama seorang pelakon dan pengarah wanita Malaysia iaitu Puan Ellie Suriaty Omar ataupun lebih dikenali sebagai Puan Ellie Suriaty untuk mengetahui tentang pengalaman dan kerjaya beliau dalam bidang lakonan dan pengarahan. Tujuannya adalah untuk mengumpulkan fakta, memori da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yusoff, Nur Syahirah, Wan Mazlan, Wan Azia Maria, Abdullah, Nurulannisa, Alias, Noor Rahmawati
Format: Article
Language:en
Published: Academica Press Solutions 2025
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126749/1/126749.pdf
https://doi.org/10.64382/dtrq9w16
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126749/
https://journal.academicapress.org/aps/index.php/jklm/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Temubual ini dilakukan bersama seorang pelakon dan pengarah wanita Malaysia iaitu Puan Ellie Suriaty Omar ataupun lebih dikenali sebagai Puan Ellie Suriaty untuk mengetahui tentang pengalaman dan kerjaya beliau dalam bidang lakonan dan pengarahan. Tujuannya adalah untuk mengumpulkan fakta, memori dan pengalaman peribadi tokoh tersebut yang mempunyai nilai yang baik. Dua sesi temu bual telah dijalankan secara dalam talian di antara tokoh dan para pengkaji menggunakan platform yang sesuai iaitu Google Meet. Puan Ellie Suriaty ialah seorang pelakon dan pengarah wanita Malaysia. Terdapat tiga objektif kajian ini iaitu pertama, untuk mengetahui tentang pengalaman dan sumbangan tokoh dalam bidang lakonan di Malaysia sehingga terkenal. Kedua, untuk menghasilkan satu dokumen lisan yang disaksikan oleh mata, pendengaran dan keterangan secara lisan dalam bentuk rakaman ataupun transkrip. Objektif kajian yang terakhir ialah untuk mengenalpasti setiap proses sejarah lisan dengan lebih tepat. Kini, bakat semulajadi Puan Ellie Suriaty terserlah kerana beliau adalah seorang pelakon dan pengarah yang serba boleh. Justeru, nama beliau kini sebaris dengan nama-nama besar tanah air. Seterusnya, pelbagai ujian dan cabaran telah dihadapi oleh Puan Ellie Suriaty semasa menceburi bidang lakonan sehingga terkenal. Pengalaman dan kerjaya beliau dapat dijadikan sebagai insipirasi kepada semua orang.