eTF-Pengenalan kepada fail pengajaran pensyarah secara dalam talian
Semester Oktober 2024 – Februari 2025 menyaksikan sekali lagi rutin audit secara berkala dijalankan pada 11 Oktober 2024 sehingga 24 Disember 2024 bagi melihat pematuhan audit kendiri Fail Kursus yang ditawarkan oleh pihak pengurusan Pengajian Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Pe...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , , , , |
|---|---|
| Format: | Monograph |
| Language: | en |
| Published: |
Unit Penerbitan PKAPP
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126738/1/126738.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126738/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Semester Oktober 2024 – Februari 2025 menyaksikan sekali lagi rutin audit secara berkala dijalankan pada 11 Oktober 2024 sehingga 24 Disember 2024 bagi melihat pematuhan audit kendiri Fail Kursus yang ditawarkan oleh pihak pengurusan Pengajian Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh, Pulau Pinang pada semester sebelumnya iaitu semester Mac 2024 – Ogos 2024. Terdapat sebanyak sepuluh item senarai semak Fail Kursus diantaranya ialah silibus kursus, jadual waktu, perancangan kuliah untuk 14 minggu sesi kuliah berlangsung, bahan pengajaran kursus, penilaian berterusan, penilaian akhir, penilaian pengajaran, penambahbaikan kualiti berterusan dan moderasi pemantauan. Sebanyak 41 kursus-kursus ijazah sarjana muda pada semester tersebut telah diaudit dan didapati 90% (37 Fail Kursus) telah mematuhi senarai semak Fail Kursus yang ditetapkan oleh pengurusan. Manakala, sebanyak 10% (4 Fail Kursus) tidak mencapai pematuhan senarai semak Fail Kursus. Satu pencapaian yang memberangsangkan apabila audit berkala dijalankan menyaksikan para pensyarah memahami keperluan dalam mematuhi senarai semak Fail Kursus. Audit kendiri penting bagi memastikan jaminan kualiti kursus yang ditawarkan di bawah program ijazah Pengajian Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh, Pulau Pinang. Pada semester Oktober 2024 – Februari 2025 turut diperkenalkan Fail Pengajaran Pensyarah secara dalam talian (e-TF). e-TF adalah pendekatan dimana setiap individu pensyarah perlu memastikan senarai semak Fail Pengajaran dipatuhi dengan menyediakan setiap dokumen atau bahan bukti pengajaran dalam bentuk salinan lembut (softcopy) dan memuatnaik dokumen tersebut secara dalam talian. Para pensyarah boleh menyimpan dokumen Fail Pengajaran mengikut folder seperti yang terdapat dalam senarai semak Fail Pengajaran ke dalam cloud/drive persendirian. Fail Pengajaran adalah mekanisma pemantauan secara berkala pengajaran yang telah dilaksanakan oleh pensyarah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik. Oleh itu, e-TF penting memastikan kualiti produk (pelajar) yang dihasilkan melalui pengajaran yang disampaikan oleh pensyarah. |
|---|
