Biar bayang-bayang berbicara: episod Wayang Kulit Gedek

Wayang Kulit Gedek berasal daripada Thailand. Wayang kulit ini kurang diketahui orang ramai tentang kewujudannya. Kajian yang kami jalankan mengenai semua aspek Wayang Kulit Gedek iaitu dari asal-usulnya, teknik- teknik pembuatan patung, sehingga cara wayang kulit dipersembah. Dalam kajian k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hamzah, Nur Aimi Nadia, Mohd Najeeb, Nurul Syahirah, Bunawan, Ap-Azli, Md Jali, Jafalizan
Format: Article
Language:en
Published: Academica Press Solutions 2025
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126503/1/126503.pdf
https://doi.org/10.64382/dg8fv051
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126503/
https://journal.academicapress.org/aps/index.php/jklm/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Wayang Kulit Gedek berasal daripada Thailand. Wayang kulit ini kurang diketahui orang ramai tentang kewujudannya. Kajian yang kami jalankan mengenai semua aspek Wayang Kulit Gedek iaitu dari asal-usulnya, teknik- teknik pembuatan patung, sehingga cara wayang kulit dipersembah. Dalam kajian kes ini, kami telah menemu bual dua orang tokoh yang sangat berpengalaman dalam warisan seni Wayang Kulit Gedek. Temubual ini telah dijalankan oleh saudari Nur Aimi Nadia Binti Hamzah dan saudari Nurul Syahirah Binti Mohd Najeeb dengan Encik Azhar bin Rusli dan Encik Norizan Bin Abdullah. Tembual pertama adalah dengan Encik Azhar Bin Rusli. Temubual ini dijalankan di tempat kediaman beliau di Hadapan Sek Keb Jelempok, 02600 Arau, Perlis pada hari khamis, 7 November 2024 pada jam 11.50 pagi hingga 2 petang. Beliau telah bergiat aktif dalam warisan seni ini sejak dari kecil lagi. Tambahan lagi, beliau mempunyai kumpulan Wayang Kulit Gedek di tempat beliau dan telah membuat persembahan seni ini di merata tempat di dalam dan luar negara. Selain itu, tembual ini membahaskan tentang asal-usul Wayang Kulit Gedek dan ke semua aspek Wayang Kulit Gedek dengan lebih mendalam. Seterusmya, tembual kedua pula adalah dengan Encik Norizan Bin Abdullah. Beliau merupakan kenalan rapat Encik Azhar Bin Rusli dan bergiat aktif dalam warisan seni ini sejak tiga puluh tahun lalu. Temubual ini dijalankan secara dalam talian pada hari jumaat, 10 Januari 2025 pada jam 5.50 petang hingga 6.39 petang. Temubual ini dijalankan untuk menguatkan kesahihan temubual sebelumnya dan mendapatkan maklumat tambahan tentang Wayang Kulit gedek ini. Beliau memberikan maklumat yang sama seperti Encik Azhar Bin Rusli.