Kursus Road to UiTMCPP Apple Teacher Certification

Pada 10 September 2024, seramai 17 orang warga UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) telah berjaya memperoleh pengiktirafan sebagai Apple Teacher menerusi penyertaan dalam Kursus Road to UiTMCPP Apple Teacher Certification, yang dianjurkan secara kolaboratif antara pihak Switch dan Bahagian Penyelidi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad, Hazrina, Akbar, Nor Azliza, Ismail, Badrul Nizam
Format: Monograph
Language:en
Published: Unit Penerbitan FKAPP 2025
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126121/1/126121.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126121/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada 10 September 2024, seramai 17 orang warga UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) telah berjaya memperoleh pengiktirafan sebagai Apple Teacher menerusi penyertaan dalam Kursus Road to UiTMCPP Apple Teacher Certification, yang dianjurkan secara kolaboratif antara pihak Switch dan Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Alumni dan Masyarakat (PJIAM) UiTMCPP. Program ini telah berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di MIT, Switch HQ (Mainland), Bukit Mertajam, dan diwakili oleh Ts. Dr. Mohd Ikmal Fazlan Rozli bagi pihak UiTMCPP. En. Alliff Azlan, selaku Pegawai Pendidikan Switch dan Apple Professional Learning Specialist (APLS), telah mengetuai sesi pembelajaran sepanjang program. Kursus ini telah memberikan pendedahan intensif melalui enam modul utama yang menumpukan kepada penggunaan aplikasi Apple dalam konteks pendidikan. Modul-modul tersebut merangkumi penggunaan iPad sebagai alat pengajaran asas, Pages untuk penghasilan bahan pengajaran, Keynote untuk persembahan interaktif, Numbers untuk analisis data pendidikan, serta iMovie dan GarageBand untuk penghasilan kandungan multimedia yang menarik. Aktiviti secara langsung ini membolehkan peserta mengaplikasikan teknologi Apple dengan lebih berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sesi kuiz Apple Teacher turut dijalankan sebagai penilaian akhir sebelum peserta dianugerahkan pengiktirafan rasmi.