Sahsiah Tracker: aplikasi pemantauan sahsiah dan pengurusan disiplin murid tahun 6 secara berstruktur

Kajian tindakan ini bertujuan menangani peningkatan kes disiplin ringan dalam kalangan murid Tahun 6 di SK Rantau Panjang, Klang, melalui intervensi berstruktur menggunakan aplikasi ‘Sahsiah Tracker’. Masalah kelewatan hadir, tidak menyiapkan tugasan dan kurang fokus semasa pengajaran dan pembelajar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mat Yusoff, Hasmawi, Samsuddin, Ismail, Zolkaflee, Zuraidawati, Sainan, Shamsuri, Maasom, Mohamad Muzafar
Format: Conference or Workshop Item
Language:en
Published: 2025
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126034/1/126034.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126034/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian tindakan ini bertujuan menangani peningkatan kes disiplin ringan dalam kalangan murid Tahun 6 di SK Rantau Panjang, Klang, melalui intervensi berstruktur menggunakan aplikasi ‘Sahsiah Tracker’. Masalah kelewatan hadir, tidak menyiapkan tugasan dan kurang fokus semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP) dikenal pasti sebagai isu utama yang menjejaskan suasana bilik darjah dan pencapaian murid. Pelaksanaan intervensi ini melibatkan pemantauan tingkah laku secara harian, refleksi kendiri oleh murid, serta penglibatan aktif guru dan ibu bapa. Hasil kajian menunjukkan penurunan kadar kes disiplin ringan, peningkatan kesedaran kendiri murid, dan pengukuhan komunikasi rumah-sekolah. Secara tidak langsung, kajian ini menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) ke-4: Pendidikan Berkualiti, khususnya sasaran 4.1 dan 4.7 yang menekankan akses kepada persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif serta pembentukan nilai sejagat seperti tanggungjawab dan disiplin diri. Selain itu, pelibatan komuniti melalui kerjasama dengan ibu bapa mencerminkan sokongan terhadap SDG ke-17: Perkongsian untuk Mencapai Matlamat. Intervensi yang dijalankan membuktikan bahawa pemantauan sistematik berasaskan nilai mampu memupuk sahsiah murid secara konsisten dan holistik. Implikasinya, pendekatan berasaskan data dan kolaborasi pelbagai pihak ini berpotensi menyumbang ke arah sistem pendidikan yang lebih lestari dan berkesan, selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan agenda pendidikan global.