RePlasPro Carbon Tracker

Masalah pencemaran plastik semakin membimbangkan kerana menyumbang kepada pelepasan gas rumah kaca yang mempercepatkan perubahan iklim. Namun begitu, murid sekolah rendah masih kurang didedahkan kepada konsep jejak karbon dan kaitannya dengan sisa plastik harian. Bagi menangani isu ini, aplikasi dig...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Arafat Paramanandam, Sunita Devi, Abd Razak, Nurul Saqinah, Mahazir, Nur Yasmin, Samsudin, Ismail, Mat Yusoff, Hasmawi
Format: Conference or Workshop Item
Language:en
Published: 2025
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126030/1/126030.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126030/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masalah pencemaran plastik semakin membimbangkan kerana menyumbang kepada pelepasan gas rumah kaca yang mempercepatkan perubahan iklim. Namun begitu, murid sekolah rendah masih kurang didedahkan kepada konsep jejak karbon dan kaitannya dengan sisa plastik harian. Bagi menangani isu ini, aplikasi digital RePlasPro Carbon Tracker telah dibangunkan bagi membantu pengguna merekod kutipan plastik dan mengira pengurangan jejak karbon dalam unit karbon dioksida bersamaan (CO₂e). Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kebolehgunaan aplikasi di kalangan murid tahun 4-6 dan guru di SK Rantau Panjang dengan menggunakan instrumen System Usability Scale (SUS). Seramai 200 orang responden telah terlibat selama 6 bulan. Proses penilaian dijalankan selepas murid menggunakan aplikasi dalam aktiviti pengumpulan dan pelaporan data kitar semula plastik. Dapatan menunjukkan min skor SUS ialah 94.3, yang berada dalam kategori tahap kebolehgunaan yang sangat baik. Responden menyatakan aplikasi ini berkesan, cekap, serta memenuhi keperluan pengguna. Ia juga relevan untuk meningkatkan kefahaman tentang kesan karbon dalam pendidikan alam sekitar. Kajian ini menyokong pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 4: Pendidikan Berkualiti, SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab, SDG 13: Tindakan terhadap Perubahan Iklim dan SDG 17: Perkongsian untuk Matlamat. Hasil kajian menunjukkan potensi aplikasi ini untuk dikembangkan penggunaannya dalam pendidikan karbon secara lebih sistematik dan berimpak