Meningkatkan kecekapan murid tahun 6 menghadapi dunia VUCA melalui pendekatan pembelajaran inovatif

Kajian tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan kecekapan murid Tahun 6 dalam menghadapi cabaran dunia VUCA (Volatility, Uncertainty, Complexity, Ambiguity) melalui pendekatan pembelajaran inovatif yang berteraskan kemahiran abad ke-21 dan matlamat Pembangunan Lestari (SDG). Berdasarkan refleksi pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Samsuddin, Ismail, Zolkaflee, Zuraidawati, Tan, Keh Chin, Mohd Daud, Mohd Hanapi
Format: Conference or Workshop Item
Language:en
Published: 2025
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125967/1/125967.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125967/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan kecekapan murid Tahun 6 dalam menghadapi cabaran dunia VUCA (Volatility, Uncertainty, Complexity, Ambiguity) melalui pendekatan pembelajaran inovatif yang berteraskan kemahiran abad ke-21 dan matlamat Pembangunan Lestari (SDG). Berdasarkan refleksi pengajaran terdahulu, murid menunjukkan kesukaran dalam menyelesaikan masalah terbuka, kurang keyakinan diri, dan terlalu bergantung kepada guru dalam proses pembelajaran. Kajian ini menggunakan reka bentuk tindakan model Kemmis dan McTaggart (1988) yang melibatkan empat fasa utama: perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.Tinjauan awal menggunakan kaedah triangulasi secara pemerhatian, temu bual separa berstruktur dan ujian diagnostik telah mengenal pasti beberapa isu utama, antaranya ialah kelemahan dalam pemikiran fleksibel, pasif dalam kolaborasi, dan ketidakupayaan bertindak dalam situasi tidak menentu. Intervensi dilaksanakan melalui pelaksanaan strategi pembelajaran berasaskan projek, penggunaan Kad VUCA, Box of Challenge, dan Peta Minda Digital. Intervensi ini direka untuk memupuk pemikiran kreatif, daya tahan kendiri dan penyelesaian masalah secara aktif.Dapatan awal menunjukkan peningkatan dalam penglibatan murid, keyakinan untuk mencuba idea baharu, dan keberanian menghadapi cabaran tidak berstruktur. Kajian ini menyokong SDG 4 (Pendidikan Berkualiti), SDG 8 (Pekerjaan Layak dan Pertumbuhan Ekonomi) dan SDG 9 (Inovasi dan Infrastruktur), serta mengukuhkan hujah bahawa pendekatan pedagogi inovatif mampu menyediakan murid untuk masa depan yang lebih mencabar dan dinamik.