Program Jelajah Kasih 2.0

Pada 15 Disember 2024 yang lalu, Program Jelajah Kasih 2.0 telah sempurna dilaksanakan di Masjid Jamek Al-Muhtadiin, Bukit Indera Muda, Pulau Pinang. Program ini adalah anjuran kelab Penang Civil Engineering Student’s Society (P’CES) dibawah naungan Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA). Seramai 35 oran...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azizan, Fairus Azwan, Abd Rahman, Zanariah, Ismail, Mohd Khairul Azhar
Format: Monograph
Language:en
Published: Unit Penerbitan FKAPP 2025
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125859/1/125859.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125859/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada 15 Disember 2024 yang lalu, Program Jelajah Kasih 2.0 telah sempurna dilaksanakan di Masjid Jamek Al-Muhtadiin, Bukit Indera Muda, Pulau Pinang. Program ini adalah anjuran kelab Penang Civil Engineering Student’s Society (P’CES) dibawah naungan Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA). Seramai 35 orang peserta dari kelab P’CES telah mengambil bahagian dalam program ini yang diketuai oleh Siti Nursyahindah Binti Mohd Shafar bertujuan untuk memupuk semangat kesukarelawanan dalam diri pelajar UiTM. Turut memberi sokongan, 3 orang pensyarah merangkap penasihat kelab iaitu Ir. Ts. Fairus Azwan bin Azizan, Ts. Zanariah binti Abd Rahman dan Mohd Khairul Azhar bin Ismail. Antara aktiviti utama program ini ialah membersihkan dan menceriakan kawasan masjid, memberikan sumbangan kepada golongan asnaf dan menyantuni golongan asnaf yang uzur serta menghulurkan sumbangan secara terus kepada mereka. Majlis penutup program ini telah disempurnakan dengan kehadiran Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang, Dr. Ahmad Asri Abd Samat, Pengerusi Masjid, Tn. Hj Azizan Bin Ismail dan penyumbang utama program, Ustaz Zulhazwan Ismail wakil dari syarikat Rasniaga Sdn. Bhd. dan Napie Burger Enterprise. Dengan terlaksananya program ini, para pelajar dapat menerapkan nilai-nilai murni dan semangat kerjasama dalam menyempurnakan tugasan yang diberi. Selain itu, dapat menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan serta kepada pihak masjid. Semoga dengan usaha ini dapat membentuk para pelajar untuk menjadi masyarakat yang prihatin dan penyayang.