e-Manual interaktif Bahasa Arab: bangun pasukan, bina bahasa
Projek inovasi ini mengetengahkan pembangunan e-Manual Interaktif Aktiviti Bahasa Arab yang dibangunkan melalui platform digital Padlet, sebagai satu inisiatif kreatif dan kontemporari dalam usaha memperkukuh semangat berpasukan serta memperkasakan penguasaan bahasa Arab dalam kalangan ahli persatua...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Language: | en |
| Published: |
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125850/1/125850.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125850/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Projek inovasi ini mengetengahkan pembangunan e-Manual Interaktif Aktiviti Bahasa Arab yang dibangunkan melalui platform digital Padlet, sebagai satu inisiatif kreatif dan kontemporari dalam usaha memperkukuh semangat berpasukan serta memperkasakan penguasaan bahasa Arab dalam kalangan ahli persatuan bahasa. Pendekatan yang digunakan berteraskan pembelajaran santai, menyeronokkan dan interaktif melalui konsep game-based learning, sekali gus menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan relevan kepada generasi pelajar masa kini. E-manual ini menghimpunkan empat aktiviti utama yang dirancang secara sistematik dengan objektif membina dan mengukuhkan kemahiran insaniah seperti komunikasi berkesan, kepimpinan, kreativiti, fokus serta semangat kerja berpasukan. Setiap aktiviti telah disusun agar peserta dapat berinteraksi dalam Bahasa sasaran, iaitu bahasa Arab, secara aktif melalui tugasan berkumpulan, arahan dalam bahasa sasaran, serta elemen cabaran dan kerjasama. Penggunaan Padlet sebagai medium utama membolehkan penyampaian bahan dalam bentuk visual dan interaktif seperti panduan aktiviti, video demonstrasi, gambar interaksi peserta, ruangan maklum balas dan refleksi pelajar. Ciri mesra pengguna Padlet turut membolehkan akses yang mudah dan fleksibel oleh fasilitator dan peserta dari pelbagai peranti. Secara keseluruhannya, inovasi ini bukan sahaja menyemarakkan minat terhadap bahasa Arab, malah mewujudkan satu bentuk latihan sosial dan bahasa yang holistik dan inklusif terhadap keperluan pembelajaran abad ke-21. Ia berpotensi untuk menjadi model rujukan dalam penganjuran aktiviti berimpak tinggi oleh persatuan bahasa secara berstruktur dan berkesan. |
|---|
