Analisis kos-manfaat RePlasPro : transformasi plastik terbuang menjadi produk inovatif

Plastik merupakan pencemar utama alam sekitar yang memerlukan pengurusan lestari (Nasir & Zaini, 2021). Kajian ini menilai keberkesanan Program RePlasPro (Recycling Plastic Products) di SK Rantau Panjang, Klang, selama enam bulan bermula September 2024. Program ini bertujuan memberi nilai tambah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mahazir, Nur Yasmin, Samsuddin, Ismail, Paramanandam, Sunita Devi Arafat, Mat Yusoff, Hasmawi, Abd Razak, Nurul Saqinah
Format: Conference or Workshop Item
Language:en
Published: 2025
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125837/1/125837.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125837/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Plastik merupakan pencemar utama alam sekitar yang memerlukan pengurusan lestari (Nasir & Zaini, 2021). Kajian ini menilai keberkesanan Program RePlasPro (Recycling Plastic Products) di SK Rantau Panjang, Klang, selama enam bulan bermula September 2024. Program ini bertujuan memberi nilai tambah kepada sisa plastik melalui pendekatan kolaboratif melibatkan guru, murid, PIBG, Syarikat kitar semula dan NGO (Ahmad & Hashim, 2022). Data dikumpul melalui pemerhatian, soal selidik, pameran serta rekod kewangan, dan dianalisis dari segi kos, manfaat dan impak pelaksanaan. Dapatan menunjukkan program ini menjana pulangan kewangan bersih sebanyak RM6,780.00 serta Berjaya mengitar semula lebih 260 kg plastik. Menurut Yusof & Salim (2020) murid memperoleh manfaat dalam bentuk peningkatan kesedaran tentang kitar semula, kemahiran kerja tangan, keusahawanan dan pembelajaran merentas kurikulum melalui program ini. Seramai lebih 3,073 murid dan 177 guru terlibat secara langsung, menyemai budaya hijau yang meluas hingga ke peringkat keluarga dan komuniti. RePlasPro terbukti berkesan bukan sahaja dari sudut kewangan dan alam sekitar, tetapi juga dalam membentuk generasi yang lebih peka dan kreatif. Ia berpotensi diperluas ke sekolah lain sebagai model pengurusan sisa plastik yang mampan. Inisiatif ini turut menyumbang secara langsung kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) seperti Pendidikan Berkualiti (SDG 4), Inovasi (SDG 9), Komuniti Mampan (SDG 11), Pengeluaran Bertanggungjawab (SDG 12), Tindakan Iklim (SDG 13) dan Perkongsian Global (SDG 17).