Menyelusuri sejarah dan latar belakang Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong
Terdapat banyak bangunan lama dan bersejarah di Malaysia yang terbiar akibat kecuaian dan kesilapan manusia. Masalah seperti projek tergendala dan pembatalan kontrak pembinaan dari pihak kerajaan dan swasta merupakan antara punca permasalahan ini berlaku. Sekiranya masalah ini berlaku secara berter...
Saved in:
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Academica Press Solutions
2024
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125787/1/125787.pdf https://doi.org/10.64382/2zrsz030 https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125787/ https://journal.academicapress.org/aps/index.php/jklm/index |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Terdapat banyak bangunan lama dan bersejarah di Malaysia yang terbiar akibat kecuaian dan kesilapan manusia. Masalah seperti projek tergendala dan pembatalan kontrak pembinaan dari pihak kerajaan dan swasta merupakan antara punca permasalahan ini berlaku. Sekiranya masalah ini berlaku secara berterusan, ia akan memberi kesan kepada ekonomi negara seperti pihak kerajaan perlu membelanjakan kos tambahan untuk menyelenggara bangunan-bangunan terbiar tersebut. Sumber yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan lain terpaksa ditangguhkan untuk menangani masalah bangunan-bangunan lama ini. Seterusnya, bangunan-bangunan seperti masjid yang ada di Malaysia ini mempunyai keunikannya yang tersendiri yang telah mencerminkan kepelbagaian budaya dan sejarah seperti rekaan seni bina, penggunaan seni ukiran kayu dan lain-lain. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejarah penubuhan dan pembangunan Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong. Di samping itu, kajian ini juga dilakukan untuk mengetahui faktor penubuhan pembangunan Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong dan juga untuk mengetahui struktur dan fungsi setiap bentuk bangunan Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong. |
|---|
