Satu analisis tatabahasa mandarin dalam penterjemahan di kalangan pelajar UiTM Johor Segamat: kajian tentang unsur kata, frasa dan ayat
Kajian ini meneliti jenis-jenis kesilapan tatabahasa dalam penterjemahan bahasa Melayu kepada bahasa Mandarin di kalangan pelajar-pelajar Melayu. Subjek kajian ini ialah pelajar-pelajar Melayu semester keempat UiTM Johor yang mengambil Bahasa Mandarin II sebagai bahasa ketiga dalam kursus diploma pa...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Research Reports |
| Language: | en |
| Published: |
Institut Pengurusan Penyelidikan
2010
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125764/1/125764.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125764/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini meneliti jenis-jenis kesilapan tatabahasa dalam penterjemahan bahasa Melayu kepada bahasa Mandarin di kalangan pelajar-pelajar Melayu. Subjek kajian ini ialah pelajar-pelajar Melayu semester keempat UiTM Johor yang mengambil Bahasa Mandarin II sebagai bahasa ketiga dalam kursus diploma pada semester Disember 2008-April 2009. Untuk meninjau perbezaan tatabahasa antara bahasa Mandarin dan bahasa Melayu, perbandingan struktur ayat antara bahasa akan dibuat. Ayat-ayat yang dikaji terbatas kepada ayat-ayat terjemahan dalam Kertas Ujian Bertulis Bahasa Mandarin II demi memperlihatkan kesilapan tatabahasa yang dilakukan oleh pelajar-pelajar dalam proses mempelajari bahasa Mandarin. Dari hasil perbandingan struktur ayat bahasa Mandarin dan bahasa Melayu, jenis-jenis kesilapan tatabahasa yang dilakukan oleh para pelajar yang disebabkan oleh gangguan bahasa ibunda akan dikenalpasti dan dikaji. Di samping itu, punca-punca kesilapan selain daripada gangguan bahasa ibunda juga dapat dikenalpasti. Dengan memastikan jenis-jenis kesilapan serta faktor-faktor yang mempengaruhinya, kajian ini juga akan mengemukakan beberapa langkah pemulihan untuk mengatasi masalah-masalah dalam proses penterjemahan bahasa Mandarin di kalangan pelajar Melayu di UiTM Johor khasnya dan di luar UiTM Johor amnya. |
|---|
