Program Cantas Gagal ECW241: memacu kejayaan dalam kursus hidraulik
Program CANTAS GAGAL (ECW241), yang diwajibkan Kepada seramai 71 pelajar Diploma CEEC110 semester 4, telah berjaya dilaksanakan dengan dua sesi utama pada semester 20242 iaitu pada 17 Mei dan 5 Julai 2024. Program ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam kursus Hidraulik melalui pende...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Monograph |
| Language: | en |
| Published: |
Unit Penerbitan FKAPP
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125744/1/125744.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125744/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Program CANTAS GAGAL (ECW241), yang diwajibkan Kepada seramai 71 pelajar Diploma CEEC110 semester 4, telah berjaya dilaksanakan dengan dua sesi utama pada semester 20242 iaitu pada 17 Mei dan 5 Julai 2024. Program ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam kursus Hidraulik melalui pendedahan kepada teknik menjawab soalan yang efektif dan persediaan menghadapi peperiksaan akhir. Bagi sesi pertama, seminggu sebelum program bermula, pelajar diberikan tugasan pra-ujian Hidraulik. Pada sesi pertama, tumpuan diberikan kepada perbincangan mendalam mengenai jalan kerja yang tepat untuk menjawab soalan pra-ujian. Pelajar didedahkan dengan strategi untuk mencapai markah penuh dan menerima maklum balas konstruktif daripada pensyarah. Pada akhir sesi, pelajar menerima markah sebenar pra-ujian mereka. Sesi kedua memfokuskan kepada persediaan menghadapi peperiksaan akhir. Pelajar diberi pendedahan kepada format dan contoh soalan peperiksaan akhir lepas. Para penceramah, yang merupakan pensyarah berpengalaman lebih 10 tahun, berkongsi "tips & tricks" serta "common mistakes" dalam menjawab soalan Hidraulik. Program ini diadakan bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar berkenaan ‘standard’ soalan peperiksaan sebenar dan meningkatkan keyakinan mereka. Program CANTAS GAGAL (ECW241) telah menunjukkan impak yang positif dengan peningkatan peratusan pelajar yang lulus. Selain itu, program ini juga menyumbang kepada peningkatan peratusan Pencapaian Hasil Program (PO) pelajar. Program ini telah berjaya memberi manfaat kepada pelajar dalam memahami konsep teori dan analisis aliran air dalam paip. Diharapkan program ini dapat diteruskan untuk membantu lebih ramai pelajar mencapai kejayaan dalam kursus Hidraulik. |
|---|
