Keberkesanan dan keselamatan Doula di Malaysia

Artikel ini mengkaji peranan, keberkesanan, dan keselamatan doula di Malaysia. Doula adalah seorang pendamping perempuan yang memberikan sokongan fizikal, emosi, dan maklumat kepada ibu sepanjang proses kehamilan, bersalin, dan berpantang. Kajian ini penting untuk memahami manfaat perubatan tradisio...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hazimah, Athilah, Shahirah, Nur Izatul, Bunawan, AP Azli, Md Jali, Jafalizan
Format: Article
Language:en
Published: Academica Press Solutions 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125606/1/125606.pdf
https://doi.org/10.64382/e7ermr73
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125606/
https://journal.academicapress.org/aps/index.php/jklm/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini mengkaji peranan, keberkesanan, dan keselamatan doula di Malaysia. Doula adalah seorang pendamping perempuan yang memberikan sokongan fizikal, emosi, dan maklumat kepada ibu sepanjang proses kehamilan, bersalin, dan berpantang. Kajian ini penting untuk memahami manfaat perubatan tradisional dan semulajadi yang digunakan oleh doula. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan teknik pengumpulan data melalui sejarah lisan dan wawancara dengan tokoh doula, Puan Masyitah Binti Md Hassan, yang merupakan doula dan pendidik kelahiran dan Muhammad Zaki Omar, merupakan tokoh kedua yang mempunyai pengalaman berkenaan Doula. Kajian ini juga meninjau kembali literatur tentang peranan dan faedah doula dalam sistem penjagaan kesihatan negara. Hasil kajian menunjukkan bahawa sokongan doula dapat mengurangkan risiko komplikasi bersalin, memendekkan tempoh bersalin, dan meningkatkan kepuasan ibu. Kajian ini juga membuka mata dan minda penyelidik bahawa persepsi doula sangat berbeza dari pandangan mereka sendiri. Kajian ini mencadangkan untuk mempromosikan dan menyediakan perkhidmatan doula di Malaysia, untuk meningkatkan kesedaran dan pengiktirafan peranan doula di kalangan masyarakat dan sistem penjagaan kesihatan, dan untuk membangunkan ubat-ubatan berasaskan tumbuhan yang digunakan semasa rawatan.