Strategi retorik dalam blog pempengaruh Ben Ashaari

Blog telah berkembang menjadi medium yang signifikan, mengintegrasikan elemen retorik dalam era penulisan digital dengan cara yang lebih santai, kreatif, dan relevan dengan gaya hidup moden. Blog membantu penulis mengorganisasi pemikiran dan meningkatkan komunikasi yang lebih berkesan. Namun, bahasa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Rahman, Farah Hanini, Lee, Ai Chat
Format: Article
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA 2025
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125565/1/125565.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125565/
https://journal.uitm.edu.my/ojs/index.php/IJMAL/issue/archive
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Blog telah berkembang menjadi medium yang signifikan, mengintegrasikan elemen retorik dalam era penulisan digital dengan cara yang lebih santai, kreatif, dan relevan dengan gaya hidup moden. Blog membantu penulis mengorganisasi pemikiran dan meningkatkan komunikasi yang lebih berkesan. Namun, bahasa yang digunakan dalam blog menunjukkan sifat yang dinamik dan sentiasa berubah. Penggunaan bahasanya membawa implikasi yang kompleks, iaitu memberi retorik positif seperti dalam penyebaran maklumat yang bermanfaat, namun juga boleh membawa kepada retorik negatif seperti risiko penyebaran maklumat yang tidak sahih atau bersifat provokatif. Oleh yang demikian, kajian ini ingin mengenal pasti dan menganalisis meneneliti bahasa yang digunakan dalam penulisan blog dari aspek strategi retorik, ethos, pathos dan logos Data kajian ini ialah blog pempengaruh Ben Ashaari. Dengan menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah analisis kandungan, data kajian dianalisis berasaskan Teori Strategi Retorik Aristotle. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Ben Ashaari memanfaatkan semua strategi retorik, namun terdapat kecondongan yang jelas terhadap penggunaan pathos dan logos sebagai strategi utama. Strategi ethos, meskipun diaplikasikan, didapati kurang menonjol berbanding pathos dan logos. Hasil dapatan kajian juga mendapati kandungan blog hanya mengaplikasi retorik positif.