Kemahiran Puan Zainab dalam mengembangkan seni tenunan songket warisan keluarganya
Songket merupakan kehalusan hasil seni daripada tenunan Melayu yang diwariskan dari zaman nenek moyang lagi. Kemahiran dan kreativiti penenun songket dapat dilihat melalui hasil pengolahan mereka dalam membuat pelbagai jenis corak untuk menghasilkan tenunan yang sangat menarik. Songket diperbuat dar...
Saved in:
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Academica Press Solutions
2024
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125413/1/125413.pdf https://doi.org/10.64382/7g9car78 https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125413/ https://journal.academicapress.org/aps/index.php/jklm/index |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Songket merupakan kehalusan hasil seni daripada tenunan Melayu yang diwariskan dari zaman nenek moyang lagi. Kemahiran dan kreativiti penenun songket dapat dilihat melalui hasil pengolahan mereka dalam membuat pelbagai jenis corak untuk menghasilkan tenunan yang sangat menarik. Songket diperbuat daripada tenunan benang kapas atau sutera yang ditenun bersama dengan benang perak ataupun benang emas. Istilah “songket” ini pula dikatakan asal usulnya bermula daripada teknik pembuatan songket iaitu “menyongket” pada tenunan sutera. Pada suatu ketika dahulu, lambang kemewahan dan kemegahan dalam golongan kerabat diraja atau pembesar adalah kain tenunan songket. Kain songket amat terkenal dikalangan kerabat diraja untuk dipakai sewaktu menghadiri majlis di istana. Tetapi kini tidak lagi, songket telah diguna pakai oleh pelbagai jenis lapisan masyarakat tanpa mengira darjat, keturunan dan pangkat. Songket biasanya dipakai untuk ke majlis-majlis tertentu seperti majlis perkahwinan ataupun perayaan. Perniagaan songket juga semakin berkembang dan mendapat sambutan termasuklah dari negara luar. Kajian ini menumpukan mengenai temuramah yang dijalankan terhadap Tokoh Kraf Negara dan Tokoh Songket iaitu Puan Hajah Zainab @ Ngah bt Mamat. Beliau juga merupakan perusaha Galeri Terengganu Songket yang terletak di Negeri Terengganu. Songket beliau bermutu tinggi sehingga menjadi tarikan kerabat istana untuk menempah songket dengan beliau bagi digayakan semasa upacara tertentu di istana. Selain itu, Puan Hajah Zainab juga pernah menghasilkan beberapa helai kain songket yang menarik dan cantik untuk dipakai oleh pasangan pengantin diraja Brunei. |
|---|
