Ancaman penyebaran berita palsu kepada perpaduan rakyat berbilang kaum di Malaysia: satu kajian awal
Kajian ini membincangkan mengenai ancaman penyebaran berita palsu terhadap perpaduan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Berita palsu, atau yang dikenali sebagai "fake news," telah menjadi isu yang semakin mendalam dalam era globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat. Kajian ini bertuj...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Universiti Teknologi MARA, Perak
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125302/1/125302.pdf https://doi.org/10.24191/idealogy.v10i2.820 https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125302/ https://idealogyjournal.com/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini membincangkan mengenai ancaman penyebaran berita palsu terhadap perpaduan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Berita palsu, atau yang dikenali sebagai "fake news," telah menjadi isu yang semakin mendalam dalam era globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat. Kajian ini bertujuan untuk menyelidik dan menganalisis ancaman yang dihadapi oleh rakyat berbilang kaum di Malaysia akibat penyebaran berita palsu. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kaedah penyelidikan perpustakaan dan analisis kandungan bagi mengkaji penulisan terdahulu, seterusnya menganalisis faktor berlakunya penyebaran berita palsu, kesan terhadap perpaduan rakyat dan langkah bagi mengatasi permasalahan tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa penyebaran berita palsu boleh memberi kesan serius terhadap perpaduan rakyat di negara ini. Kesan ini termasuk peningkatan ketegangan antara kaum, kurangnya kepercayaan dalam kalangan masyarakat, dan penyebaran pandangan prejudis. Oleh itu, salah satu cadangan penulis memberi tumpuan kepada keperluan mengukuhkan ilmu literasi media di kalangan rakyat Malaysia sebagai satu pendekatan untuk mengekang ancaman penyebaran berita palsu. Dalam usaha membangunkan perpaduan yang kukuh, kerjasama antara pihak berkuasa, industri media, dan masyarakat awam amat penting bagi menangani isu ini. |
|---|
