Transformasi digital dalam komunikasi organisasi: peranan canva dalam menyokong tugasan visual staf UiTM

Kursus Aplikasi Canva yang dianjurkan oleh Bahagian Infostruktur UiTM Cawangan Kedah pada 23 April 2025 bertujuan memperkenalkan kemahiran reka bentuk digital kepada staf akademik dan pentadbiran. Kursus ini dilaksanakan secara hands-on selama tujuh jam, memberi penekanan kepada penghasilan bahan vi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jamaludin, Juaini, Shawalludin, Syahrini, Hassan, Normaziana, Hasan, Asrol
Format: Article
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Perak 2025
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125295/1/125295.pdf
https://doi.org/10.24191/idealogy.v10i2.799
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125295/
https://idealogyjournal.com/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kursus Aplikasi Canva yang dianjurkan oleh Bahagian Infostruktur UiTM Cawangan Kedah pada 23 April 2025 bertujuan memperkenalkan kemahiran reka bentuk digital kepada staf akademik dan pentadbiran. Kursus ini dilaksanakan secara hands-on selama tujuh jam, memberi penekanan kepada penghasilan bahan visual seperti poster, slaid pembentangan, animasi, serta penjanaan kod QR menggunakan aplikasi Canva. Seramai 32 peserta telah mengikuti kursus ini dan 28 maklum balas telah diterima. Kajian ini menganalisis kesan penggunaan Canva terhadap tahap profesionalisme dalam tugasan harian serta mengenal pasti cabaran yang dihadapi peserta. Dapatan menunjukkan bahawa penggunaan Canva meningkatkan mutu persembahan visual dan memudahkan penyediaan bahan komunikasi rasmi dengan lebih sistematik, kreatif dan menarik. Peserta juga menunjukkan minat yang tinggi terhadap penganjuran siri lanjutan. Walau bagaimanapun, antara cabaran yang dikenal pastitermasuk keperluan latihan untuk ciri lanjutan, kekangan capaian internet, dan kekurangan panduan reka bentuk rasmi jabatan. Oleh itu, cadangan penambahbaikan termasuk penyediaan modul lanjutan, template rasmi organisasi dan pembangunan sumber pembelajaran mikro seperti tutorial video. Kajian ini membuktikan bahawa Canva berpotensi besar sebagai alat bantu kerja yang berkesan dalam meningkatkan kemahiran digital dan komunikasi visual dalam sektor pentadbiran dan pendidikan tinggi. Latihan seumpama ini wajar dijadikan program berterusan demi memperkukuh kecekapan profesional warga institusi.