Interpretasi simbolik naratif pengalaman peribadi dalam seni visual: kajian karya Issarezal Ismail dalam siri pameran “Thank You for the Lessons You Have Taught Me”
Karya seni sering diinspirasikan daripada pengalaman peribadi yang memberikan makna mendalam terhadap ekspresi visual pelukis. Pengalaman yang merangkumi aspek emosi, peristiwa kehidupan, dan pemerhatian terhadap persekitaran sering kali diterjemahkan oleh pelukis ke dalam bentuk karya seni yang ber...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Universiti Teknologi MARA, Perak
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125290/1/125290.pdf https://doi.org/10.24191/idealogy.v10i2.848 https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125290/ https://idealogyjournal.com/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Karya seni sering diinspirasikan daripada pengalaman peribadi yang memberikan makna mendalam terhadap ekspresi visual pelukis. Pengalaman yang merangkumi aspek emosi, peristiwa kehidupan, dan pemerhatian terhadap persekitaran sering kali diterjemahkan oleh pelukis ke dalam bentuk karya seni yang berperanan sebagai medium penyampaian pelbagai naratif serta membuka ruang kepada pelbagai bentuk tafsiran. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan menerangkan tanda serta simbol yang terdapat dalam enam karya dari pameran solo bertajuk Thank You for The Lessons You Have Taught Me, yang dihasilkan oleh Issarezal Ismail pada tahun 2023. Pendekatan kajian ini bersifat kualitatif, dengan fokus kepada penjelasan deskriptif dan holistik. Data dikumpulkan melalui temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen untuk mengkaji karya seni. Satu kerangka konseptual telah dibangunkan berdasarkan konsep-konsep yang relevan untuk menganalisis simbol pengalaman peribadi dalam karya-karya Issarezal Ismail. Hasil analisis menunjukkan bahawa karya-karya Issarezal Ismail mengandungi simbol-simbol yang mengangkat pengalaman hidup sebagai medan refleksi diri, yang digarap secara mendalam dan disampaikan melalui visual yang sarat dengan simbolisme. Kajian ini juga mendapati bahawa proses kreatif memerlukan ketahanan mental dan emosi serta mencerminkan interaksi kompleks antara individu dan bidang seni. |
|---|
