Adat Bapukong tradisi masyarakat Banjar yang berasaskan syariat: kajian di negeri Perak Darul Ridzuan

Adat Bapukong merupakan salah satu amalan tradisional unik dalam kalangan masyarakat Banjar yang berperanan dalam aspek penjagaan bayi selepas kelahiran. Amalan ini melibatkan proses membedung dan membuai bayi menggunakan kain batik atau pelikat dalam kedudukan duduk bagi menenangkan bayi yang menga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Roslan, Nur Azlina, Yusof @ Salleh, Muhammad Yusri, Abd Razak, Muhd Imran
Format: Article
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Perak 2025
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125091/1/125091.pdf
https://doi.org/10.24191/idealogy.v10i2.876
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125091/
https://idealogyjournal.com/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Adat Bapukong merupakan salah satu amalan tradisional unik dalam kalangan masyarakat Banjar yang berperanan dalam aspek penjagaan bayi selepas kelahiran. Amalan ini melibatkan proses membedung dan membuai bayi menggunakan kain batik atau pelikat dalam kedudukan duduk bagi menenangkan bayi yang mengalami ketidakselesaan seperti kembung perut, demam atau kegelisahan. Pelaksanaan adat ini disertai dengan bacaan selawat, doa serta berzanji, menjadikannya bukan sekadar ritual budaya bahkan juga mengandungi unsur kerohanian yang berteraskan nilai-nilai Islam. Kajian ini dijalankan bagi meneliti pelaksanaan adat Bapukong dalam kalangan masyarakat Banjar di Negeri Perak Darul Ridzuan serta menilai tahap kesesuaiannya dengan prinsip-prinsip Syariah. Berdasarkan pendekatan kualitatif melalui kaedah temu bual dan pemerhatian lapangan, dapatan menunjukkan bahawa amalan ini bukan sahaja selari dengan maqāṣid al-sharī‘ah seperti penjagaan nyawa (ḥifẓ al-nafs) dan kesejahteraan sosial, bahkan berfungsi sebagai simbol identiti budaya yang masih terpelihara. Kajian ini mencadangkan agar adat Bapukong didokumentasikan secara sistematik dan diperkenalkan sebagai salah satu warisan budaya Islam tempatan yang relevan dengan prinsip keagamaan.