Laporan kajian impak Pesta Kaul 2023: tiada seuniknya

Pesta Kaul Mukah 2023 telah diadakan pada 26 April 2023 (Rabu) sehingga 1 Mei 2023 (Isnin) bertempat di Taman Kala Dana, Mukah. Pesta Kaul yang diraikan oleh masyarakat kaum Melanau menandakan telah berakhirnya musim tengkujuh dan juga permulaan kalendar yang dikenali sebagai bulan Pengejin, iaitu p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Long, Suffina, Shamsuddin, Noor Emma, Tang, Howe Eng, Chik, Yahutazi
Format: Book
Language:en
Published: Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak Kampus Mukah 2025
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/124119/1/124119.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/124119/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pesta Kaul Mukah 2023 telah diadakan pada 26 April 2023 (Rabu) sehingga 1 Mei 2023 (Isnin) bertempat di Taman Kala Dana, Mukah. Pesta Kaul yang diraikan oleh masyarakat kaum Melanau menandakan telah berakhirnya musim tengkujuh dan juga permulaan kalendar yang dikenali sebagai bulan Pengejin, iaitu pada sekitar bulan Mac dan April pada setiap tahun. Uniknya Pesta Kaul pada zaman dahulu diadakan untuk memohon restu dari penjaga laut, darat, ladang dan hutan supaya mereka tidak terganggu ketika mencari rezeki dan pada masa sekarang, Pesta Kaul diraikan oleh seluruh komuniti Melanau khasnya dengan tidak mengira usia atau agama sebagai salah satu acara keramaian di Mukah. Pesta Kaul ini mampu mengundang ramai pengunjung bukan sahaja dari sekitar Kawasan Mukah, malah dari seluruh pelusuk negeri Sarawak. Ini telah menjadikan Pesta Kaul sebagai salah satu aktiviti wajib di dalam kalendar pelancongan tahunan di Negeri Sarawak. Pesta Kaul merupakan satu daripada keunikan warisan dan kebudayaan masyarakat Melanau di Sarawak. Ia merupakan pesta keramaian yang diadakan secara tahunan sejak dahulu lagi yang pada asalnya merupakan pesta keagamaan bagi masyarakat Melanau “Pagan”. Pesta keramaian yang kebiasaannya diadakan pada bulan April saban tahun di Pantai Kala Dana Mukah ini bagaimanapun terkesan sehingga tidak dapat dilaksanakan selama dua tahun akibat pandemik Covid 19 dan hanya dapat dianjurkan kembali secara besar-besaran pada tahun 2023 dan telah berlangsung dari 26 April 2023 hingga 1 Mei 2023.