Kekerapan penerbitan di scopus mengenai flora-flora dalam Al-Quran dan Al-Hadith

Terdapat buah-buahan dan herba yang disebut secara khusus dalam al-Quran dan al-Hadith. Kelebihan dan keistimewaan buah-buahan dan herba ini telah dibincangkan oleh para ulama dalam kitab-kitab turath mereka khususnya dalam kitab al-Tibb al-Nabawi. Penulisan kitab-kitab ini telah membuka ruang kepad...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yakob, Mohd Asmadi, Mohd Yusoff, Mohd Yakub @ Zulkifli, Abd Razzak Khadher Ahmad, Monika @ Munirah, Fauzi, Nurulwahidah, Awang, Khalijah, Othman, Rozana, Mustafa, Mohd Rais
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit UiTM 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/124107/1/124107.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/124107/
https://jcis.uitm.edu.my/journal/volume2/issue1/8.%20Kekerapan%20Penerbitan%20di%20SCOPUS%20Mengenai%20Flora-Flora%20dalam%20Al-Quran%20dan%20Al-Hadith.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Terdapat buah-buahan dan herba yang disebut secara khusus dalam al-Quran dan al-Hadith. Kelebihan dan keistimewaan buah-buahan dan herba ini telah dibincangkan oleh para ulama dalam kitab-kitab turath mereka khususnya dalam kitab al-Tibb al-Nabawi. Penulisan kitab-kitab ini telah membuka ruang kepada kajian-kajian ilmiah yang lebih saintifik dan mendalam. Walau bagaimanapun umat Islam pada hari ini kurang mengetahui kewujudan kitab-kitab al-Tibb al-Nabawi yang menjadi satu cabang ilmu Islam. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap beberapa aspek dalam bidang al-Tibb al-Nabawi khususnya berkaitan dengan buah-buahan dan herba di dalam penerbitan SCOPUS. Kajian ini mengaplikasikan metod kajian perpustakaan, dengan penelitian terhadap sebahagian besar kitab yang berkaitan dengan al-Tibb al-Nabawi dikumpulkan untuk dianalisis bagi memahami konsep al-Tibb al-Nabawi itu sendiri serta mengenal pasti buah-buahan dan herba yang dibincangkan. Di samping itu, metod pemerhatian terhadap kajian saintifik yang lepas telah dilakukan terutamanya dengan meneliti artikel-artikel dalam pengkalan data SCOPUS. Hasil penelitian awal mendapati bahawa ulama-ulama terdahulu telah menulis pelbagai karya yang khusus tentang al-Tibb al-Nabawi. Walau bagaimanapun pada hari ini kajian yang mendalam terhadap buah-buahan dan herba yang disebutkan dalam al-Tibb al-Nabawi banyak dipelopori oleh pengkaji-pengkaji bukan Islam khususnya daripada Barat.