Estetika islam dan kearifan tempatan dalam busana tradisional Melayu:kajian terhadap Baju Melayu
Busana tradisional Melayu merupakan identiti masyarakat Melayu yang menghimpunkan nilai estetika Islam dan kearifan tempatan. Nilai ini boleh dilihat wujud dalam pelbagai struktur busana tradisional Melayu, khususnya Baju Melayu. Kajian ini bertujuan meneliti nilai estetika Islam dan kearifan tempat...
Saved in:
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/123794/1/123794.pdf https://doi.org/10.24191/ejitu.v8i1.6928 https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/123794/ https://journal.uitm.edu.my/ojs/index.php/e-JITU |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Busana tradisional Melayu merupakan identiti masyarakat Melayu yang menghimpunkan nilai estetika Islam dan kearifan tempatan. Nilai ini boleh dilihat wujud dalam pelbagai struktur busana tradisional Melayu, khususnya Baju Melayu. Kajian ini bertujuan meneliti nilai estetika Islam dan kearifan tempatan dalam rekaan serta pemakaian Baju Melayu, dan bagaimana busana ini berperanan dalam membentuk serta mengekalkan identiti budaya masyarakat Melayu. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi kaedah analisis visual dan kajian dokumen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa unsur estetika Islam bukan sahaja diterapkan secara simbolik dalam rekaan Baju Melayu, tetapi juga memperkukuh nilai jati diri dan kesinambungan warisan budaya bangsa. Baju Melayu tidak hanya berperanan sebagai pakaian tradisi tetapi turut menjadi medium ekspresi nilai agama dan budaya. Nilai estetika Islam yang menekankan kesederhanaan, kesopanan dan keseimbangan terserlah dalam rekaan Baju Melayu, manakala unsur tempatan seperti penggunaan sampin, songkok dan motif tenun menampilkan simbolisme budaya Melayu yang mendalam. Dalam konteks moden, pemeliharaan dan penghayatan terhadap Baju Melayu menjadi manifestasi ketahanan budaya dan keagamaan masyarakat MelayuIslam. Justeru, warisan ini perlu terus diperkasakan menerusi inisiatif pendidikan, promosi berasaskan nilai, serta inovasi busana berteraskan prinsip Islam bagi menjamin kelestarian identiti bangsa dalam arus perubahan global. Kata kunci: Estetika Islam, Baju Melayu, Busana tradisional, Kearifan tempatan, Budaya Melayu Busana tradisional Melayu merupakan identiti masyarakat Melayu yang menghimpunkan nilai estetika Islam dan kearifan tempatan. Nilai ini boleh dilihat wujud dalam pelbagai struktur busana tradisional Melayu, khususnya Baju Melayu. Kajian ini bertujuan meneliti nilai estetika Islam dan kearifan tempatan dalam rekaan serta pemakaian Baju Melayu, dan bagaimana busana ini berperanan dalam membentuk serta mengekalkan identiti budaya masyarakat Melayu. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi kaedah analisis visual dan kajian dokumen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa unsur estetika Islam bukan sahaja diterapkan secara simbolik dalam rekaan Baju Melayu, tetapi juga memperkukuh nilai jati diri dan kesinambungan warisan budaya bangsa. Baju Melayu tidak hanya berperanan sebagai pakaian tradisi tetapi turut menjadi medium ekspresi nilai agama dan budaya. Nilai estetika Islam yang menekankan kesederhanaan, kesopanan dan keseimbangan terserlah dalam rekaan Baju Melayu, manakala unsur tempatan seperti penggunaan sampin, songkok dan motif tenun menampilkan simbolisme budaya Melayu yang mendalam. Dalam konteks moden, pemeliharaan dan penghayatan terhadap Baju Melayu menjadi manifestasi ketahanan budaya dan keagamaan masyarakat MelayuIslam. Justeru, warisan ini perlu terus diperkasakan menerusi inisiatif pendidikan, promosi berasaskan nilai, serta inovasi busana berteraskan prinsip Islam bagi menjamin kelestarian identiti bangsa dalam arus perubahan global. |
|---|
