Waiting for Godot patuh syariah: after Sulaiman Esa

Terdapat sebuah karya sastera yang telah dilakonkan berkait dengan tajuk Waiting for Godot di Perancis. Sasterawan terkenal Samuel Beckett menghasilkan karya Waiting for Godot (dalam Bahasa Perancis – En attendant Godot, 1953) memiliki makna yang sophisticated telah dikarang menggunakan bahasa Peran...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ramli, Ishak
Format: Book Section
Language:en
Published: Unit Penerbitan UiTM Perak 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/122644/1/122644.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/122644/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Terdapat sebuah karya sastera yang telah dilakonkan berkait dengan tajuk Waiting for Godot di Perancis. Sasterawan terkenal Samuel Beckett menghasilkan karya Waiting for Godot (dalam Bahasa Perancis – En attendant Godot, 1953) memiliki makna yang sophisticated telah dikarang menggunakan bahasa Perancis menggunakan gaya bahasa yang ringkas dan bersahaja. Godot (disebut GO-doh) merupakan perkataan tanpa makna (kata Beckett); diberi tafsiran oleh pengkritik karya ini sebagai “God” atau Tuhan. Disangkal oleh Beckett bahawasanya Tuhan dalam Bahasa Perancis ialah ‘Dieu’. Jika benarlah karya Samuel Beckett itu ialah “Waiting for GOD-ot” iaitu “menunggu Tuhan”, struktur penceritaan dan persembahan tidak menunjukkan sebarang tingkah laku yang mencurigakan atau provokatif kecuali watak Godot yang tidak muncul sehingga habis penceritaan menimbulkan tanda tanya. Watak lelaki yang memberitahu Godot tidak hadir memberi isyarat seorang “utusan” atau messenger yang dinanti; sebuah babak dan watak yang cukup simbolik dengan kehidupan orang yang beragama (Tuhan, Nabi atau Utusan dan umat). Jalan cerita yang dinukilkan tanpa kewujudan sebarang watak wanita memberi sebuah gambaran elemen bebas dari elemen seksualiti. Jelas nyata, elemen perlambangan berat diutarakan bagi mewujudkan personafikasi yang menyentuh jiwa tanpa jawapan kepada audien dan membina rasa tertanya tidak berpenghujung.