Di Sebalik Estee Lauder

Estée dilahirkan di Corona, Queens, New York City (1), ibunya bernama Rose Schotz, manakala bapanya Bernama Max Mentzer. (2)(3) Ibu bapanya ialah pendatang Hungary-Yahudi (4)(5)(6) di mana keluarga sebelah ibu dan neneknya berasal dari Sátoraljaújhely dan datuknya dari Gelle (kini dikenali sebagai H...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abd Manaf, Khamisah
Format: Monograph
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Terengganu 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/122098/1/122098.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/122098/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Estée dilahirkan di Corona, Queens, New York City (1), ibunya bernama Rose Schotz, manakala bapanya Bernama Max Mentzer. (2)(3) Ibu bapanya ialah pendatang Hungary-Yahudi (4)(5)(6) di mana keluarga sebelah ibu dan neneknya berasal dari Sátoraljaújhely dan datuknya dari Gelle (kini dikenali sebagai Holice, Slovakia), (7) bapanya pula berketurunan Czech- Yahudi. Pada tahun 1898, ibu Estée iaitu Rose Schotz bersama lima anaknya telah berhijrah dari Hungary ke Amerika Syarikat untuk menetap bersama suaminya yang pertama iaitu Abraham Rosenthal. (1) Akan tetapi, pada tahun 1905, Rose telah berkahwin untuk kali kedua dengan Max Mentzer, seorang pekedai yang juga telah berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1890- an. (1) Mereka telah dikurniakan anak perempuan dan ingin menamakannya Eszti, sempena nama ibu saudara kesayangannya di Hungary, tetapi pada saat-saat akhir memutuskan untuk memberi nama Josephine Esther Mentzer. Bagaimanapun, nama panggilan bayi itu menjadi “ Estée”, iaitu nama Estée yang digunakannya apabila Estée melancarkan empayar minyak wanginya bersama suaminya, beliau juga telah menambahkan tanda loghat untuk menjadikan namanya kelihatan seperti nama bangsa Perancis dan mula menyebutnya seperti yang dituturi oleh bapanya dalam loghat Hungary.