Kemahiran asas kaunseling di kalangan penasihat akademik: satu cadangan kepada warga pensyarah UiTM Pahang
Kertas kerja ini bertujuan untuk memberi penekanan terhadap peri pentingnya peranan para pensyarah sebagai penasihat akademik para pelajar. Para pensyarah bukan sahaja memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta mendidik para pelajar, apa yang lebih penting ialah memberi nasihat kepada mereka secara aka...
Saved in:
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
University Teknology MARA Pahang
2011
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/122077/1/122077.PDF https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/122077/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kertas kerja ini bertujuan untuk memberi penekanan terhadap peri pentingnya peranan para pensyarah sebagai penasihat akademik para pelajar. Para pensyarah bukan sahaja memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta mendidik para pelajar, apa yang lebih penting ialah memberi nasihat kepada mereka secara akademik bagi membantu mereka menjadi pelajar yang cemerlang sepanjang tempoh pembelajaran mereka di universiti. Kertas kerja ini juga bertujuan untuk memberi cadangan kepada para pensyarah di UiTM Pahang agar mempelajari ilmu kaunseling serta mengenalpasti apakah kemahiran asas kaunseling yang diperlukan untuk membantu mereka menjadi penasihal akademik yang efektif kepada para pelajarnya. Antara kemahiran asas kaunseling yang boleh dipelajari termasuklah proses pencerapan iaitu proses bersemuka secara langsung atau tidak langsung dengan pelajar serta proses mendengar dengan mendalam dan penuh minat. Di samping itu penasihat akademik juga boleh mempelajari kemahiran berempati iaitu merasai apa yang dirasa oleh para pelajar dan juga kemahiran refleksi iaitu menterjemahkan kembali dengan ayat sendiri apa yang diceritakan oleh para pelajar kepada penasihat akademik. |
|---|
