e-lawatan akademik : satu kajian awalan melalui konsep kumpulan inovatif dan kreatif (kik)
Lawatan akademik pelajar ke lapangan telah menjadi satu keperluan bagi fakulti yang berasaskan sains dan teknologi. Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) pelajar akan dapat dipertingkatkan melalui pendedahan langsung ini. Lawatan ini meliputi semua aspek penting di dalam cabang ilmu kejuruter...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , , , , , , , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Language: | en |
| Published: |
2009
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/121500/1/121500.PDF https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/121500/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Lawatan akademik pelajar ke lapangan telah menjadi satu keperluan bagi fakulti yang berasaskan sains dan teknologi. Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) pelajar akan dapat dipertingkatkan melalui pendedahan langsung ini. Lawatan ini meliputi semua aspek penting di dalam cabang ilmu kejuruteraan awam. Bagi program Diploma Kejuruteraan Awam, UiTM terdapat 6 kod kursus yang meletakkan syarat lawatan ini di dalam silibus yang berkenaan. Menyedari keperluan ini, Kumpulan KIK Pinnacle, Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Pahang telah mengambil satu inisiatif penambahbaikan bagi memudahkan urusan permohonan, peruntukan kewangan dan aspek pengurusan yang perlu dilakukan sebelum lawatan dapat dijalankan. Elektronik-Lawatan Akademik (e-LA) telah dibangunkan dengan mengelektronikkan semua data konvensional yang perlu dilakukan di peringkat fakulti dan pentadbiran permohonan sebelum lawatan ini dibenarkan oleh pihak pengurusan kampus. Kajian awalan penggunaan sistem ini yang telah dijalankan di peringkat FKA UiTM Pahang membuktikan keberkesanan sistem dengan penjimatan masa proses permohonan sebanyak 71% berbanding permohonan secara konvensional. Manakala pencapaian pengurangan kos operasi setiap aktiviti juga sebanyak 71%. Penambahbaikan terhadap sistem e-LA ini sedang giat dilakukan sebelum boleh digunapakai di peringkat kampus. |
|---|
